Kenali Sahabat Baru Anda Ultra Violette - Glam Malaysia

Kenali Sahabat Baru Anda Ultra Violette

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Akhirnya jenama krim tabir wajah dari Australia, Ultra Violette melabuhkan tirainya secara eksklusif di Malaysia dan kini berada di Sephora.

Bercerita tentang perihal krim tabir suria atau sunscreen kadangkalanya topik ini agak klise dan bosan! Ada yang muak dengan tekstur yang melekit setelah seharian memakainya, ada juga kurang senang dengan bau dan kandungannya. Menurut pengasas Ultra Violette, Bec Jefferd dan Ava Mattews, pada lima tahun lepas mereka juga beranggapan seperti kalian namun mengikut kajian saintifik penggunaan krim pelindung sinar matahari ini dapat mengurangkan masalah pigmentasi, kedutan wajah dan melindungi permukaan kulit daripada terkena barah kulit.

Oleh itu, mereka mencipta sebuah jenama pelindungan wajah yang berkonsepkan menarik dan bukan sahaja menjanjikan pelindungan berpanjangan malah bertindak sebagai merawat masalah kulit. Rangkaian SKINSCREENS (sunscreen + skincare) diperkenalkan kepada umum yang bersifatkan multifungsi untuk wajah. Penggunaannya mudah dan sesuai digabungkan bersama produk penjagaan kulit yang sedia ada dalam rak kecantikan anda. Tahukah anda sinaran UV penyumbang utama kepada masalah penuaan awal. Hanya dengan penggunaan wajib krim pelindung matahari ini wajah akan terlindung lebih rapi.

See also
Chanel Mengeluarkan 4 Trailer Pendek Untuk Kempen Gabrielle

SKINSCREENS dilabel sebagai produk paling versatil dan formulanya hanya menggunakan bahan antioksida Australia yang membantu kulit lebih cerah, lembap dan bersinar. Sambil melindungi, sambil menjaga wajah. Hanya guna selepas krim pelembap wajah di waktu pagi setiap hari dan sebelum aplikasi mekap. Antara barisan SKINSCREENS untuk Utlra Violette perlu anda ambil tahu seperti :

QUEEN SCREEN SPF 50+ LUMINISING SUN SERUM

Meet the most popular girl, Queen Screen! Tekstur seperti sutera dan punya dos bersinar. Serum ini terkenal dengan teksturnya susu yang cair dalam kulit anda. Yang juga bertindak sebagai asas sempurna sebeum bersolek. Sesuai untuk kulit normal hingga kering, Queen Screen lebih kepada serum daripada krim, dan memberikan perlindungan spektrum luas SPF50+ dengan haruman mawar yang halus.