Tiga Nota Penting Daripada Koleksi Coach Fall 2022 - Glam Malaysia

Tiga Nota Penting Daripada Koleksi Coach Fall 2022

Kata Stuart Vevers, setiap koleksi yang direka akan bermula dengan satu perasaan dan buat Coach Fall 2022 ia adalah tentang cinta.

Somewhere in America; tajuk utama buat himpunan Coach Fall 2022 yang dipersembahkan oleh Stuart Vevers, Pengarah Kreatif Coach. Ia menceritakan tentang nostalgia kehidupan orang Amerika dalam satu kawasan kejiranan yang mempunyai pelbagai karakter. Ceraian penting Coach seperti jaket-jaket hadir dalam corak kekotak yang cukup penting buat orang-orang di Amerika Syarikat. Bagi melembutkan gaya itu, terselit dress doll yang hadir dalam corak bunga dan renda. Tetapi tiga idea ini adalah tunjang penting koleksi terkini Coach!

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

ARKIB BONNIE CASHIN

Stuart Vevers sekali lagi kembali ke bilik arkib Coach dan bermain dengan peninggalan Bonnie Cahsin, Pengarah Kreatif Coach era 60-an. Vevers meminjam corak kekotak dan digubah lebih besar. Serta menggunakan semula motif bunga yang direka dengan warna air lantas mencipta rasa feminin.