Use your ← → (arrow) keys to browse
Pertandingan kecergasan yang tiada tandingan, UA COMBINE bakal berlangsung di Malaysia pada 3 September 2022. Pendaftaran kini dibuka untuk anda yang ingin menguji tahap fitness terbaik.
Under Armour memperkenalkan UA COMBINE, pertandingan sulung di Malaysia menguji tahap prestasi atlet. UA COMBINE sinonim di Amerika Syarikat sebagai pertandingan yang direka untuk mewujudkan penanda aras kecergasan yang diperlukan oleh atlet yang akan datangf. Kini, pertandingan tiada tandingan ini membolehkan atlet daripada mana-mana sukan atau latihan untuk bersaing dengan atlet dari negara mereka dan benar-benar menguji had ketahanan kecergasan mereka. GLAM menemubual Linora, duta jenama sukan Under Armour tentang rahsia dan tip latihan untuk UA Combine yang bakal tiba.