Berundur Dari Media Sosial, Tom Holland Titip Pesanan Buat Peminat - Glam Malaysia
Berundur Daripada Media Sosial, Tom Holland Titip Pesanan Penting Buat Peminat

Berundur Dari Media Sosial, Tom Holland Titip Pesanan Buat Peminat

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Selepas beberapa minggu spekulasi, Tom Holland akhirnya mengesahkan telah berundur dari media sosial – sekali lagi.

Jelas Tom, dia mengambil keputusan itu setelah melihat kemudaratan media sosial terhadap kesihatan mentalnya.

Bintang Spiderman itu berkongsi kegusarannya bersama peminat menerusi satu klip video berdurasi tiga minit, di mana dia mengakui telah pun memadam aplikasi Instagram dan Twitter daripada telefon pintarnya.