Punca Perpisahan Kim Kardashian & Pete Davidson Terbongkar - Glam Malaysia
Punca Perpisahan Kim Kardashian & Pete Davidson Terbongkar

Punca Perpisahan Kim Kardashian & Pete Davidson Terbongkar

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Selepas sembilan bulan menjalin cinta, perhubungan Kim Kardashian dan Pete Davidson terputus di tengah jalan.

Menurut satu sumber terdekat kepada portal Page Six, perpisahan Kim dan Pete adalah disebabkan oleh jurang usia yang ketara dan jadual kerja yang sibuk.

“Pete berusia 29 tahun manakala Kim pula 42 tahun – mereka berada di tahap kehidupan yang amat berbeza pada masa ini,” jelas sumber tersebut.

“Pete seorang yang spontan dan impulsif. Dia mahu teman wanitanya terbang ke New York atau di mana sahaja dia berada pada waktu itu juga. Malangnya ia tidak semudah itu. Kim mempunyai empat cahaya mata dan perlu memberi perhatian penuh kepada mereka,” tambahnya.