Use your ← → (arrow) keys to browse
Banyak detik istimewa yang diraikan Jennifer Lopez baru-baru ini: Perkahwinannya dengan Ben Affleck, ulang tahun kelahirannya, juga pelancaran rangkaian terbaharu daripada jenama kecantikan JLo Beauty.
Jennifer yang baru sahaja menyambut hari jadi ke-53 tahun Ahad lalu menayang seri pengantin dengan berkongsi foto dirinya tanpa seurat benang di Instagram untuk mempromosi produk penjagaan tubuh pertama daripada JLo Body, Firm + Flaunt Targeted Booty Balm.
“Kita memberi sepenuh perhatian dan penjagaan pada kulit wajah, namun ada kalanya kita mengabaikan keperluan tubuh. Amat penting bagi saya mencipta rutin penjagaan kulit untuk tubuh yang memberi fokus pada keperluan khusus serta unik, dan kami mulakan dengan bahagian punggung,” tulisnya di ruangan kapsyen.