Jennie Blackpink Buat Penampilan Sulung Sebagai Pelakon Dalam Siri Terkenal Hollywood - Glam Malaysia
Jennie Blackpink Buat Penampilan Sulung Sebagai Pelakon Dalam Siri Terkenal Hollywood

Jennie Blackpink Buat Penampilan Sulung Sebagai Pelakon Dalam Siri Terkenal Hollywood

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Enam tahun bergelar penyanyi, Jennie Blackpink kini melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan.

Menurut portal Variety, Jennie bakal muncul dalam siri televisyen terbitan HBO, The Idol yang diterajui oleh The Weeknd dan Lily-Rose Depp.

Siri itu berkisar tentang kehidupan dan percintaan seorang penyanyi pop wanita dengan pemilik kelab Los Angeles yang rupanya merupakan ketua kultus rahsia. Watak itu akan dijayakan oleh The Weeknd.

Pelantun lagu Blinding Lights itu juga akan menjadi penulis skrip dan penerbit eksekutif untuk siri tersebut bersama rakan penerbit, Reza Fahim dan pencipta drama Euphoria, Sam Levinson. Ketiga-tiganya merupakan pencipta rancangan ini.

Watch the Weeknd and Lily-Rose Depp in first The Idol teaser | EW.com