Use your ← → (arrow) keys to browse
Penampilan Brad Pitt sewaktu menghadiri tayangan perdana filem terbaharunya, Bullet Train di Berlin, Jerman mencuri perhatian dunia.
Dua hari lalu Brad muncul di karpet merah tayangan filem itu dalam persalinan luar daripada kebiasaan. Dia menyarung skirt linen senteng atau kilt berwarna coklat, trend fesyen yang menjadi ramalannya hampir dua dekad lalu.
Aktor berusia 58 tahun itu turut menggayakan jaket sedondon, kemeja-T merah jambu, but kombat hitam serta kaca mata sebagai pelengkap gaya.