Use your ← → (arrow) keys to browse
Raja Rock ‘n’ Roll, Elvis Presley dikenali sebagai jejaka budiman dan berpersonaliti menarik sehingga berjaya mencuri perhatian ramai wanita.
Bukan sekadar berwajah kacak, Elvis juga memiliki suara merdu dan persona di atas pentas yang menjadi obsesi peminat dari seluruh dunia.
Walau sering terpalit dengan khabar angin perselingkuhan sepanjang hayatnya, kebanyakan bekas teman wanitanya masih bercakap perkara baik mengenai diri mendiang.
Glam bariskan enam wanita terkenal yang pernah menjadi pujaan legenda muzik itu.