Use your ← → (arrow) keys to browse
Tiga tahun memegang status solo, Bradley Cooper dikhabarkan telah menemui cinta baharu.
Menurut portal Page Six, insan yang kini bertakhta di hati Bradley bukanlah calang-calang. Dia adalah wanita Muslim berprofil tinggi dalam bidang politik yang merupakan bekas pembantu Hillary Clinton, Huma Abedin.
Pasangan itu telah menjalin hubungan romantis sejak beberapa bulan lalu setelah diperkenalkan oleh ketua pengarang Vogue, Anna Wintour.
“Anna Wintour yang ‘menjodohkan’ mereka berdua. Dia merupakan rakan baik Bradey dan amat memujai Huma,” jelas satu sumber terdekat.