GLAM Profil: Lim Wei-Ling - Glam Malaysia
GLAM JUN:JULAI 22 Persona, Wei Ling 04

GLAM Profil: Lim Wei-Ling

Malaysia hanya punyai sebilangan wanita sahaja yang memacu perniagaan galeri seni visual secara komersil dan WEI-LING adalah antara pelopor awal menerajui bidang ini yang tanpa disedari olehnya adalah kerana latar belakang dan asas seninya yang kukuh.

pengarang rencana & penata gaya ZUHAIRIE SAHROM penulis JAMAL AFIQ JAMALUDIN gambar ROBIN YONG/ ONE3FOUR STUDIO solekan KF BONG dandanan JUNO KO lokasi WEI-LING GALLERY

Acapkali meniti di bibir-bibir penggiat, penggemar mahupun pengumpul seni tampak di Kuala Lumpur akan seorang wanita yang berani mengemudi perniagaan galeri seni visual secara konsisten dan mampu bertapak selama lebih daripada 20 tahun di dalam bidang ini. Tahun ini galeri beliau menyambut ulangtahun ke-20 akan keberadaannya di dalam arena seni tampak dan ramai masih lebih mengenalinya sebagai anak kepada arkitek tersohor Profesor Dr. Ar. Jimmy C. S. Lim; “Father of Malaysian Tropical Architecture” yang pernah memenangi anugerah seni bina berprestij Aga Khan yang berpusat di Geneva, Switzerland.

GLAM JUN:JULAI 22 Persona, Wei Ling 02

WEI LING MENGAYAKAN CERAIAN PRA MUSIM LURUH DARI MSGM. BUT PARAS BUKU LALI CANTITA CITRA MANOLO BLAHNIK. TERPALIT JUGA KARYA SENI DIGITAL DICETAK ATAS KAN- VAS CHIN KONG YEE SERTA INSTALASI ARCA KREASI NOOR AZIZAN PAIMAN.

Kesinambungan itu bukanlah sesuatu yang boleh dipisahkan. Benar, jika anda lahir di dalam sebuah keluarga arkitek, gaya hidup seni menjadi lumrah kebiasaan tanpa anda sedari. Dari segi pemikiran, pemakaian, pembawakan, perspektif kehidupan, persekitaran sekeliling – ruang tempat tinggal dan tempat kerja serta rakan-rakan gaulan, kesemuanya berkisar tentang seni. Inilah Lim Wei-Ling, pemilik kepada Wei-Ling Gallery. Malah, apabila dikatakan “Oh…the gallery is run by Prof. Dr. Architect Jimmy Lim’s daughter.”, this adds weight, credibility, solid foundation, and a whole different perspective, bukan sekadar galeri dekor atau yang tanpa disokong oleh konteks ilmiah dan falsafah. Falsafah kehidupan dan seni adalah sesuatu yang telah diturunkan kepadanya oleh bapanya, jelas Wei-Ling. Serta menambah yang walaupun ibu bapanya banyak membantu, dia telah menempuh jalannya sendiri dengan berhadapan bersama cabaran dan berjaya atas diri sendiri. Ini yang menjadikan dia seorang manusia berjaya.

GLAM JUN:JULAI 22 Persona, Wei Ling 01

BERLATARBELAKANGKAN KARYA SENI GARAPAN IVAN LAM, WEI LING TAMPIL DALAM PERSALINAN MUSIM LURUH/SEJUK 2022 MOSCHINO. DIGAYAKAN BERSAMA BUT PARAS BUKU LALI BERTEKSTUR RONA EMAS DARI KOLEKSI KAPSUL ULANG TAHUN KE-50 ILHAM MANOLO BLAHNIK.

Di pertengahan temubual, Wei-Ling membidas “Have you watched ‘Spilt Gravy on Rice’?”, I said, “Not yet.”. Beliau membalas “Go watch it! it’s like a piece of artwork”. Keesokan harinya, filem itu ditonton. Ternyata minda dan lensa seni Wei-Ling cukup meluas. Sememangnya seperti itulah seni harus diteroka dan dibaca, dari pelbagai medium dan sudut, termasuklah filem. Wei-Ling menambah, “The movie has context and messages it wants to put across are quite sharp.”. Benar, filem garapan Datuk Zahim Albakri dan penulisan mendiang Jit Murad itu berbibit urban kontemporari dan Malaysiana yang diidamkan oleh seorang personaliti seperti Wei-Ling. Mungkin secara beransur-ansur, Malaysia bakal berganjak dengan tatacara kita sendiri. Lebih berani menceritakan tentang hal ehwal kehidupan yang sebenar dengan lebih terbuka sambil menggunakan medium seni sebagai agen untuk membuka minda masyarakat. Wei-Ling juga merupakan seorang pendokong kepada mekanisme ini.

PEMILIK GALERI HARUSLAH MEMBERI KEBEBASAN UNTUK ARTIS BERKARYA DAN JANGAN MENDIKTE AKAN KONTEKS DAN ESTETIK SENI YANG DIHASILKAN OLEH ARTIS. — WEI LING

Ia dapat dilihat daripada pameran yang mana beliau adalah kuratornya berjudul “The Tarik With The Flag”. Wei-Ling telah menghimpunkan karya seni yang berkisar tentang bendera Jalur Gemilang tetapi di dalam interpretasi artis itu sendiri. Cara ini memberi kebebasan untuk seseorang artis itu berkarya dan kami mempunyai artis seni yang progresif di Wei-Ling Gallery serta bangga menjadi wakil buat mereka. Pun begitu, kerja-kerja pembukaan minda masyarakat ini harus dijalankan secara konsisten dan sensitif kepada budaya, kepercayaan dan persekitaran sekeliling serta peredaran zaman. Kami kemudian membicarakan tentang galeri atau muzium yang bakal dibuka di menara tertinggi di Asia Tenggara; Merdeka 118. Telah diwartakan yang sebuah Muzium Tekstil akan dibuka di bawah menara itu nanti apabila ia siap kelak, dan kami begitu kecewa yang sebuah lagi muzium tekstil akan dibuka apabila kita sudah mempunyai infra seni yang sama di Bangunan Sultan Abdul Samad. Why duplicate?

See also
YM CHE PUAN SARIMAH IBRAHIM

Baca lanjut dalam GLAM Jun/Julai 2022

Pautan Berkenaan: GLAM Profil: John Ang