Use your ← → (arrow) keys to browse
Nick Jonas berkongsi pengalaman baharu sebagai bapa selepas empat bulan menimang cahaya mata sulungnya bersama isteri, Priyanka Chopra.
Sewaktu menjadi tetamu rancangan Today Isnin lalu, Nick berkongsi keterujaannya mengenai dunia keibubapaan dengan berkata bahawa “kehidupannya indah.”
“Dia merupakan satu anugerah dan kami berasa amat bertuah. Keluarga kami terus berkembang. Ibu bapa saya sangat teruja. Mereka kini datuk dan nenek kepada empat cucu perempuan yang comel,” katanya kepada hos, Hoda Kotb dan Carson Daly.
Nick dan Priyanka menyambut kelahiran puteri mereka yang diberi nama Malti Marie Chopra Jonas menerusi khidmat ibu tumpang pada 15 Januari 2022.