Sembang Fesyen: Pearly Wong

Sembang Fesyen: Pearly Wong

PEARLY WONG KLFW 2014

Gambar: KLFW

 
Kali pertama melihat himpunan Pearly Wong adalah ketika butik multi-jenama Seethrough membuat pertunjukan. Ia sempena pembukaan rasmi butik milik penata gaya Calvin Cheong. Selera wanita ini cukup misteri sekali. Namun senyuman di bibirnya membawa saya untuk mengenali setiap ceraian yang dipersembahkan. Bekas graduan Fashion Institute of Art pernah muncul dengan jenama Sara & Pearly pada 2010, namun pada Julai 2012 dia melangkah dengan jenama sendiri, Pearly Wong.
 
Apa definisi gaya individu?
Sarungkan apa yang mampu menzahirkan siapa diri anda yang sebenarnya. Setiap yang dipilih untuk menghiasi tubuh mampu mengeluarkan sisi terbaik anda lantas terus rasa selesa dalam setiap ceraian. Memiliki stail peribadi adalah sangat penting kerana ia seakan cermin buat diri sendiri, siapa kita dan bagaimana untuk meletakkan diri di luar sana.
 
Apa pula pilihan stail anda?
Saya gemarkan sesuatu yang loose-fitting dan setiap baju yang selesa mempunyai pelbagai cara untuk digayakan seperti sepasang baju panas. Tidak msutahil untuk baju panas mempunyai poket di sisi agar senang untuk meletakkan telefon bimbit. Kadangkala saya juga menyarung helaian ringkas dan berona hitam. Gaya saya lebih androgynous seperti helaian yang saya himpunkan buat koleksi Pearly Wong.
 
Individu fesyen yang punya pengaruh?
Semestinya Ann Demeulemeester! Sejujurnya, banyak helaian yang diinspirasikan oleh fikiran fesyennya. Dia punya teknik draping yang sungguh hebat, ditambah dengan pemilihan fabrik yang unik. Termasuklah rona yang digunakan dalam setiap koleksi yang dipentaskan. Helaian dalam gerobok fesyennya is to die for! Saya juga suka melihat gaya Alexander Wang. Gaya kasual yang diketengahkan mampu membiaskan stail peribadinya.
 
Pereka fesyen kegemaran?
Dahulu saya cukup minat dengan Sally Lapointe, seorang pereka fesyen New York. Kini minat saya lebih condong kepada Tara St. James melalui jenama dia yakni, Study. Dia juga merupakan pensyarah jemputan di kolej lama saya, Fashion Institute of Art. Apa yang menarik, jenama Study menggunakan fabrik yang sustainable. Dia menjadikan Brooklyn sebagai gelanggang untuk berkarya.
 
 

See also
Pilihan Perabot Kanak-Kanak Di Atas Talian