Raikan Kegembiraan Lebaran Tahun Ini Dengan Baskin-Robbins X dUCk - Glam Malaysia

Raikan Kegembiraan Lebaran Tahun Ini Dengan Baskin-Robbins X dUCk

Raikan kebahagian yang manis sempena Raya ini bersama Baskin- Robbins® dan dUCk melalui koleksi istimewa!

Baskin-Robbins®, syarikat rantaian aiskrim yang terbesar di dunia telah  mengumumkan koleksi kolaborasi bersama dUCk, salah sebuah syarikat jenama fesyen Muslimah, juga dikenali dalam menggabungkan pelbagai elemen dan keunikan gaya moden serta sopan dalam dunia fesyen membawakan nikmat kegembiraaan kepada rakyat Malaysia.

Kolaborasi manis ini menampilkan edisi terhad hidangan aiskrim Baskin-Robbins® diinspirasikan daripada dUCk dan edisi terhad koleksi fesyen dUCk dan aksesori terkini menampilkan motif cetakan yang bakal membuatkan anda sekeluarga merancang persiapan awal untuk beraya!

dUCk x Baskin-Robbins® Scarf

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan kolaborasi pertama dUCk bersama Baskin-Robbins®, jenama yang disayangi di seluruh dunia dan membawakan kegembiraan melalui perisa utama mereka. Ia merupakan pilihan saya untuk setiap majlis, yang memberikan senyuman kepada insan tersayang dan untuk diri saya sendiri. Bukan itu sahaja, ia merupakan peluang keemasan untuk dUCk menjadi jenama fesyen Muslimah dan sopan yang pertama berkolaborasi bersama Baskin-Robbins®,” kata Vivy Yusof, pengasas bersama FashionValet dan The dUCk Group.

See also
Foto Pertama Anak Kembar Beyoncé

 

raikan

More Eh! Family Pack , More Eh! Party Pack

Peminat aiskrim dan penggemar fesyen menanti untuk raikan kolaborasi antara Baskin-Robbins® dan dUCk, boleh mendapatkannya bermula pada hari ini sehingga 12 Mei 2022. Kolaborasi ini menampilkan koleksi istimewa dUCk scoop, a stylish dUCk cake, More Eh! Party Pack dan More Eh! Family Pack. Selain itu, cooler bag edisi terhad Baskin-Robbins® bersama dUCk akan berada di pasaran bermula 9 April 2022 di kedai Baskin-Robbins® dengan setiap pembelian mana -mana aiskrim ‘Pint’ atau ‘Quart’ daripada Baskin-Robbins®

raikan

dUCk Scoop

Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, dUCk akan melancarkan koleksi tudung edisi terhad serta pakaian diinspirasikan daripada perisa aiskrim terkenal Baskin-Robbins® iaitu Baseball Nut, Pralines ‘N Cream, Strawberry Cheesecake dan Mint Chocolate Chip. Set edisi terhad dUCk x Baskin-Robbins® Body Butter & Body Scrub tercetus daripada perisa aiskrim terkenal Baskin-Robbins®, Very Berry Strawberry, Mint Chocolate Chip dan Praline ‘N Cream.

Untuk memeriahkan lagi kegembiraan, Baskin-Robbins® Single Junior scoop akan diberikan secara percuma kepada pelanggan dUCk dengan setiap pembelian Baskin-Robbins® ‘Pint’ yang dijual secara online di semua laman web e-commerce dUCk.

See also
Code Coco Chanel Nafas Kontemporari Buat Jam Tangan

Artikel Berkenaan: Oh Cha Matcha: Dari Bunga Sakura Ke Limited Edition Box