Use your ← → (arrow) keys to browse
Tiada yang lebih membahagiakan dan mengembirakan hati seorang wanita, selain memiliki kulit wajah cantik dan tandus cela. Drunk Elephant hadir dengan solusi terbaru A-Gloei Maretinol Oil.
Hadirnya ilham formula hibrid menjanjikan perubahan ketara dalam masa singkat. A- Gloei Maretinol Oil direka untuk semua jenis kulit terutama yang punya pengalaman bersama kandungan retinol. Keunikan minyak ini adalah kerana menggunakan vegan retinol, virgin marula oil dan ceramide. Membantu permukaan wajah lebih licin, sekata dan mengurangkan kehadiran garis halus. Bukan itu sahaja, intipati minyak ini berjaya mengurangkan iritasi atau kemerahan pada kulit wajah dan kulit lebih bersinar.