Use your ← → (arrow) keys to browse
Film Independent Spirit Awards yang diadakan di California, Amerika Syarikat Ahad lalu berlangsung meriah dengan kehadiran selebriti popular Hollywood.
Dihoskan oleh Nick Offerman dan Megan Mullally, Film Independent Spirit Awards yang diasaskan pada 1984 ini mengiktiraf pembikin filem indie dengan 21 pencalonan dalam kategori filem dan televisyen.
Karpet biru tahun ini dihangatkan dengan kehadiran barisan selebriti kelas-A yang tampil dalam persalinan glamor lagi memukau.
Semak sembilan gaya selebriti yang mencuri perhatian di majlis anugerah itu.