DIOR Spring/Summer 2022's 8 Best Looks - Glam Malaysia
DIOR Spring/Summer 2022's 8 Best Looks

DIOR Spring/Summer 2022’s 8 Best Looks

MENYALIN RITMA GAYA TAHUN ‘60-AN POPULARKAN ‘YOUTH REVOLUTION’ DENGAN MENGETENGAHKAN POTONGAN SLIM LOOK DALAM HIMPUNAN YANG BERMAIN DENGAN WARNA POP. 

Rekaan bersih dan minimal dikembalikan Dior untuk deretan musim bunga/panas 2022. Nyatanya, Dior menelusuri tahun ‘60-an yang cukup popular dengan pergerakan ‘youth revolution’, membentuk inspirasi Dior. Gaun labuh, sut mikro berpotongan slim, top halter-memperlihatkan energi baharu dengan menggarap trend fesyen ‘60-an.

“Perihal grafik dan gaya bersih, minimal dan kepositifan,” ungkap Maria Grazia tentang koleksi musim ini. Fokusnya pada gaya slim look dalam sebuah permainan warna yang terang, seperti kuning, hijau, merah jambu dan merah- semarak warna yang meleburkan gaya terkini dengan hembusan kekinian dan berestetika.

Menginfusi gaya kontemporari kepada Slim Look yang direka Marc Bohan (bekas pengarah kreatif Dior), menyorotkan koleksi bernada baharu khusus wanita untuk berpakaian lebih bebas. Grafik dan potongan lurus pada rekaan, serta jaket potongan boxy bergabung skirt mini atau celana pendek Bermuda memunculkan berbagai idea gaya muda dan chic. Mengimbas sewaktu kemunculan gaya “New Look” pada tahun 1947.

See also
Anna Wintour & Dunia Fesyen Bersuara Ikutan Skandal Seks Harvey Weinstein

Semangat gaya chromatic pada dress mini, skirt mini dan rangkaian dress A-Line tak terlupakan. Membawa sinar gaya yang feminin dan chic. Dress pendek yang dibaluti kilauan glitter mengingatkan pada stail ikonik disko yang cukup sinonim dengan trend swinging 60’s. Set pakaian pesta yang tetap relevan dengan gaya masa kini. Ditambah dengan but tinggi yang memukau serta tas bowling berlogo, bergelar aksesori utama musim ini yang punya elemen ketersendirian.

Kombinasi gaya sukan mana mungkin Maria lupakan. Menghadirkan set pakaian ala peninju yang dipadukan dalam gaya dan warna, menambah kesan gaya kasual buat penggemar gaya tersebut.

Artikel berkaitan: Moschino Spring/Summer 2022’s 8 Best Looks