Use your ← → (arrow) keys to browse
Anugerah Brit 2022 yang berlangsung di London dua hari lalu menyaksikan kemunculan pertama Adele di karpet merah selepas lima tahun.
Membawa pulang tiga trofi kemenangan termasuk artis terbaik, Adele mencuri perhatian malam itu dengan menyarung gaun hitam baldu sutera Giorgio Armani Prive yang disempurnakan dengan aksesori berlian.
Namun apa yang mencetus perbualan hangat di kalangan peminat adalah cincin mewah bertatah berlian yang tersemat di jari manisnya.