Use your ← → (arrow) keys to browse
Bebe Rexha dikenali sebagai salah seorang selebriti yang terbuka berkongsi pengalaman hidupnya bersama peminat.
Baru-baru ini Bebe menjadi tular di TikTok setelah membuat satu perkongsian yang digelarnya sebagai ‘pendedahan jujur’ mengenai imej tubuhnya pada musim perayaan.
“Saya tahu kita semua sepatutnya bersuka ria pada hari Krismas,” katanya dalam satu video yang dimuat naik beberapa hari lalu.
Penyanyi itu menjelaskan walaupun dia berseronok pada musim perayaan, dia tidak gembira dengan keadaan terkini dirinya walaupun dikenali sebagai aktivis positiviti tubuh. “Pendedahan jujur. Saya rasa badan saya tidak pernah seberat sekarang ini,” katanya.