Use your ← → (arrow) keys to browse
Dua tahun membawa haluan masing-masing, penyelesaian perceraian Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum dan Puteri Haya bint al-Hussein menemui penghujung.
Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu itu diarahkan oleh Mahkamah Tinggi United Kingdom untuk membayar wang berjumlah RM3.06 bilion kepada Puteri Haya yang diceraikannya pada 2019.
Puteri Haya yang merupakan isteri keenam kepada pemerintah Dubai dan pemilik lumba kuda yang amat berpengaruh itu kini menetap di Britain bersama dua cahaya mata mereka, Sheikha Al Jalila, 14 dan Sheikh Zayed, 9.
Keputusan itu disifatkan sebagai penyelesaian perceraian atau pembahagian harta sepencarian terbesar dalam sejarah perundangan Britain setakat ini.