Uyaina Arshad & Raja Syahiran Selamat Disatukan Walau Berdepan Cabaran - Glam Malaysia
Uyaina Arshad & Raja Syahiran Selamat Disatukan Walau Berdepan Cabaran

Uyaina Arshad & Raja Syahiran Selamat Disatukan Walau Berdepan Cabaran

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tanggal 21 Disember 2021 menyaksikan pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati.

Majlis pernikahan Uyaina bersama penyanyi, Raja Syahiran berlangsung di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur City Centre pada jam 9.03 pagi.

Pasangan itu selamat dinikahkan dengan sekali lafaz oleh abang kandung pelakon itu, Mohd Attaful Uzair Arshad disaksikan Pendaftar Pernikahan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta dua saksi lain.

Dalam majlis yang hanya dihadiri keluarga rapat dan rakan terdekat, Uyaina menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan seutas gelang tangan emas.

Pasangan itu memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran atas persetujuan keluarga dan tiada pertukaran dulang dilakukan oleh kedua-dua pihak.

“Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan lancar pagi ini. Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu, namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis disebabkan prosedur operasi standard yang berubah mengikut keadaan semasa,” kata Uyaina.

Foto: Project2pi

uyaina arshad

Foto: Project2pi