Suntik Solusi Berlian Trend Kecantikan Masa Kini - Glam Malaysia

Suntik Solusi Berlian Trend Kecantikan Masa Kini

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Trend dunia kecantikan makin mengujakan! Kulit kembali bersinar sekelip mata hanya dengan suntikan dua booster iaitu Diamond Feel Forte dan Dermal Sign E+. Dan merupakan pilihan nombar satu di Korea.

 

Kelangsungan gaya hidup baharu terutama di musim pandemik ini membuatkan ramai di antara kita berbeza kitaran suasana kerja. Lebih menghabiskan masa dengan persidangan secara maya, ini membuatkan kulit wajah makin tenat, lesu dan percayalah anda makin fokus terhadap perubahan kulit berbanding sebelum ini. Syarikat Orient Europharma Malaysia (OEP MY) membawakan solusi terbaru, yang dikatakan berkesan untuk meningkatkan keyakinan diri anda. Dua booster kulit premium kini berada di pasaran kecantikan Malaysia, yakni Diamond Feel Forte dan Dermal Sign E+ bakal menjadi pilihan terbaru anda.

Solusi ini dirumuskan khas di Korea, bukan sahaja digemari oleh bintang K-pop malah tersenarai antara booster pilihan nombor satu di lebih 20 buah negara di dunia. Kini, anda juga boleh memiliki kulit menawan tanpa cacat cela persis bintang pujaan anda. Produk ini hanya digunakan oleh doktor estetik sebagai rawatan kombinasi merangkumi tiga hingga empat sesi dengan selang dua minggu (Bergantung pada doktor estetik anda). Pada akhir rawatan, kulit akan nampak lebih gebu, lebih cerah, lebih terhidrat, dengan kesan lebih segar yang memberikan aura seperti berlian.

See also
Palet Eyeshadow Terbaru Daripada Bintang Realiti Kegemaran Ramai