Berani, Ceria Dan Feminin Dialah Gadis Dolce Rose - Glam Malaysia

Berani, Ceria Dan Feminin Dialah Gadis Dolce Rose

Aromanya menusuk hati. Dolce & Gabbana Beauty tampilkan Dolce Rose serba unik dan mengekspresikan personaliti berani gadis Dolce.

Buat pertama kalinya, koleksi Dolce tampilkan Eau de Toilette melalui Dolce Rose. Ikoniknya bunga ini terus diraikan dengan penuh romantis. Malah, simbolik kepada cinta, kecantikan dan feminin ini membawa kepada siluet ikonik Dolce & Gabbana. Harumannya diilhamkan oleh pakar wangian Violaine Collas. Dalam menangkap aroma utamanya, bauan fruity floral, rose absolute dan crisp rose centifolia bersama kesegaran buah kasturi dan kismis merah masam cetus mood keriangan dan penuh energi. Tidak hairanlah kenapa Dolce Rose aroma paling mengujakan.

Ramuan semulajadi terkandung dipilih mengikut kisah inspirasinya. Haruman ini dibuka dengan nota utama bersama pati buah-buahan seperti kemanisan epal hijau segar, buah mandarin dan tangy redcurrants. Lapisan tengah, serlahkan aroma pic putih, sejambak kelopak bunga magnolia dan majestic rose.Gabungan dua nota ros iaitu rose centifolia dan rose absolute yang berbeza mekarnya cipta harmoni. Harumnya lebih unik, segar dan membawa kepada kualiti lebih sensual serba ikonik.  Dolce Rose ini diimbangi dengan Kasturi lembut bersama sandalwood dan white woods dalam mencipta keghairahan.

See also
Kempen Burberry Luruh/Sejuk 2019 Meneroka Keseiringan Identiti

Bayangan siluet bunga ros menjadi elemen utama. Rekaan kelalang ini punya sentuhan lengkungan lembut serba feminine dan elegan.  Pilihan botol kaca berona merah jambu lambang personaliti gadis Dolce yang asli. Lebih menarik penutup botol dihiasi dengan ikatan reben grosgrain hitam lambang signature Dolce. Sebagai penyeri terakhir, perkataan ‘rose’ berwarna merah jambu terang terukir kemas di hadapan botol lambang semangat Dolce Rose yang segar.

Artikel berkaitan Rahsia Wangian Kekal Abadi

Disebalik kehadiran Dolce Rose, kempen terbaru bersama Deva Cassel dipilih sebagai Dolce Girl kerana personalitinya yang ceria dan penuh energi. Kempen ini dirakamkan oleh Branislav Simoncik yang berilhamkan bandar Bellagio yang dikelilingi oleh bunga mekar. Malah, melalui kempen ini juga Deva membuat TikTok challenge iaitu tarian Dolce Rose. Sambil mengikuti pergerakan istimewa ini, ekspres pengalaman bersama #RoseAttitude.