GLAM Profil: Ferhat Nazri - Glam Malaysia
GLAM Profil, Ferhat Nazri 04

GLAM Profil: Ferhat Nazri

Kisah petualangannya seperti tiada noktah. Baik melancong mahupun mengembara; Ferhat Nazri, sudah menjejakkan kaki lebih ke 121 buah negara.

SANG PETUALANG DUNIA

ini bijak memadukan kemewahan yang mendakap sama kesederhanaan dalam mengimbangi setiap siri penjelajahannya membelah tujuh benua dunia.

pengarang rencana ZUHAIRIE SAHROM penata gaya MUZAMMIN MUZLAN gambar ROBIN/ONE3FOUR STUDIO grooming & dandanan RAZZI MUSA

Tiada individu yang selayaknya untuk menghiasi ruangan Profil buat isu kembara GLAM Disember ini; jika bukan Ferhat Nazri, 42. Si petualang tegar ini memerankan profesi sebagai perunding penjenamaan dan pemasaran produk mewah. Dia sudah berwisata hampir ke 121 buah negara, hanya 74 buah negara lagi yang bakal ditakluki. Bagi kaki liburan yang sentiasa mendahagakan siri petualangan, pastinya tersentuh atas apungan aspirasi dari setiap visual yang dirakam dari balik lensa kamera iPhone nya. Fenomenal! Penjelajahannya ke segenap pelosok dunia merentasi tujuh benua pasti membuka minda lantas memasang impian untuk kita keluar mengembara. “Saya menekuni jurusan Politik dan Ekonomi di UK. Berpunya seorang kakak kembar yang lahir dua minit lebih awal dan seorang adik lelaki. Seperti yang semua maklum, sekiranya anda mengikuti saya di Instagram; saya senang sekali mengembara dan berkongsi cerita mengenainya. Juga tersemat kasih kepada dunia gastronomi. Tidak kira sajian makanan jalanan mahupun fine dining. Saya juga mengilai lapangan fesyen terus menjadikannya sebagai kerjaya berbanding politik dan ekonomi, yang saya tekuni di universiti,” cerita Ferhat berkongsi pengenalan diri.

GLAM Profil, Ferhat Nazri 02

Boss X Russell Athletic Collection. Seluar and kasut, Valentino.

“Saya sudah bekerja dengan banyak jenama-jenama mewah terutamanya rumah-rumah fesyen antarabangsa. Juga terlibat sama dalam dunia hartanah seperti pemasaran resort. Saya rasa penting untuk mengungkapkan Malaysia dalam cara yang terbaik dan saya berharap dapat membantu jenama-jenama asing ini untuk kenal akan tanah air ini; langsung mencapai sukses di sini,” tambahnya. “I think I documented it on my Instagram that I love food! Namun, saya sama sekali tidak arif memasak di dapur; lebih kepada mengolahkan hidangan yang ringkas untuk meneruskan hidup. Ha ha. Antara restoran kegemaran saya di KL adalah Restoran Muar yang menghidangkan masakan Cina Johor halal yang sangat ringkas. Berlokasi di Tengkat Tong Shin, Changkat, mereka berpunya menu seperti telur goreng masak kicap yang enak. Sekali gus, menjadi antara menu makanan kegemaran saya di seluruh dunia. Mereka juga punya sayur kailan tumis mentega yang begitu lazat. Simple but yet so tasty,” terang pemuda berbintang Cancer ini.

GLAM Profil, Ferhat Nazri 03

Kot labuh, Boss X Russell Athletic Collection. Jam tangan 3 Hands Tag Heuer Carrera

“Dalam pada masa yang sama, saya gemar melewati restoran-restoran fine dining. Demikian, saya senang sekali mengelilingi dunia untuk mencari lokasi gastronomi yang bakal dilewati. Antara yang sudah tercatat dalam diari kembara saya adalah pengalaman gastronomi yang paling memesonakan di Peru, yang mana bagi saya Lima adalah sememangnya syurga makanan dunia! Saya suka Ceviche dan hidangan masakan Peru. Terkenang sama memori sewaktu bersantap di restoran D.O.M. di Sao Paulo juga masakan Jerusalem ,” jelasnya sesuatu yang menarik tentang Ferhat.

See also
Valentino Garavani Tan-Go, Sepatu Terhangat Musim Luruh 2022

AN AVID TRAVELLER

Berbicara lanjut mengenai petualangan, barangkali pemahaman mengenai melancong dan mengembara ini masih mengelirukan bagi sesetengah individu. Pada satu ruang masa sewaktu perjalanan ke sesuatu lokasi, anda pasti terfikir apakah perbezaan antara pengembara dan pelancong. Jika diajukan soalan “Adakah anda seorang pengembara atau seorang pelancong?” pastinya terjawab dalam pelbagai jenis pendapat. Ada yang mengatakan seorang pelancong hanya ingin bercuti manakala pengembara pula bakal mencari sesuatu dalam perjelajahan mereka. Yang pasti kita semua adalah pengembara di atas muka bumi ini dan bukannya pelancong. Menghuraikan persoalan yang agak kontroversi ini, sama seperti bertanyakan kepada jurukamera tentang jenama kamera manakah yang lebih baik. Baik Canon atau Nikon, Full Frame atau Non Full Frame atau Mirror-Less. Bukan? Mengusulkan pertanyaan lanjut mengenai pengembara atau pelancong? Ferhat menjawab, “ Saya sudah pastinya seorang pengembara.”

GLAM Profil, Ferhat Nazri 01

Sut, kemeja renda & kasut, Valentino. Jam tangan 3 Hands Tag Heuer Carrera.

Terangnya lagi, “Tidak ada salahnya untuk menjadi pelancong, dan menjadi pelancong bermakna anda berpunya intisari perjalanan yang agak terhad memandangkan terikat dengan pakej lawatan. Jangan salah faham kerana keterbisaannya saya menjadi pelancong dahulu dengan menaiki bas pelancongan dan persiaran bagi melihat kota yang bakal diterokai. Dari Chefchaouen di Maghribi, sehingga ke Cote d’Ivoire di Afrika, ibu sentiasa mengajarkan saya untuk memahami dengan lebih cepat setiap selok-belok kotanya terlebih dahulu. Langsung, keesokan harinya, kita mara menjadi pengembara. Saat itulah kita berkesempatan untuk melihat lebih dekat lagi setiap ceruk dan lorong kotanya lalu menemukan budaya serta cara hidup orang lokal sekelilingnya. Kemudian, berehat sebentar di kafe, saya bertuah kerana berpunya ibu yang punya cara mengembara seperti saya. Teringat kembali kami berdua berhasil mengisi ruang memori saat liburan di Petra, Jordan. Menelusuri Rainbow Street, lalu menjumpakan kraftangan Arab nan indah dari barang hiasan sehingga barang kelengkapan rumah. Jadi dalam erti kata itu, pelancong tidak mengambil peluang yang ada dan pengembara akan cuba mencari peluang yang mungkin tidak dapat di tempat lain. Itu sahaja.”

SAYA BERTUAH, KERANA DIBERI PELUANG UNTUK MELIHAT DUNIA — FERHAT NAZRI

“Setiap pengembaraan atau percutian saya punya bajet yang tertentu. Ada yang mewah dan ada juga yang memaksa saya mengikat perut. I’ll be very honest with you, I love the best of both worlds. Siapa yang tidak suka bila berpeluang untuk menelusuri percutian mewah dapat bermalas-malasan di resort. Lebih-lebih lagi masa diperuntukkan hanya untuk bersama keluarga, seperti kembara kami di Oman yang mana liburannya diluangkan untuk menunggang kuda. Namun, jika memerlukan saya untuk menginap di dalam khemah lantas dikejutkan dengan panorama pagi hari dengan hembusan angin udara segar di Margaret River; saya akan lakukannya. Sekalipun, memaksa saya untuk bermalam di bilik yang sangat kecil seperti Beds & Breakfasts di Cornwall, tidak mengapa. Saya adalah seorang petualang yang dapat menyesuaikan diri dalam apa jua situasi. Paling utamanya, saya bertuah kerana diberi peluang untuk melihat dunia.”

See also
Selebriti Di Barisan Hadapan Pentas Minggu Fesyen Paris 2024

Baca lanjut dalam GLAM Disember 2021

Pautan Berkenaan: GLAM Profil: Jeany Amir