Haruman Bangsawan, Penhaligon's Akhirnya Tiba Di Kuala Lumpur - Glam Malaysia
Penhaligon's

Haruman Bangsawan, Penhaligon’s Akhirnya Tiba Di Kuala Lumpur

Mula diperkenalkan sejak tahun 1870, jenama haruman yang pada mulanya mengharumkan kelompok bangsawan Britain ini kini membuat kemunculan debutnya di Escentials, Suria KLCC bermula 2 November ini.

Jika kerap berpergian khususnya ke Eropah, atau membelek majalah antarabangsa atau pun melayari portal fesyen juga kecantikan, kelibat botol-botol haruman ini pasti sudah menjadi kelaziman pada pandangan mata anda. Penhaligon’s, sebuah jenama haruman yang kental nuansa dan imej British dan sudah diakui kualiti harumannya seluruh dunia.

Penhaligon's

William Penhaligon

Menyelusuri garis pemula Penhaligon’s, jenama ini diasas dan diperkenalkan oleh Willian Penhaligon, seorang tukang gunting rambut di Royal Court yang mana jemarinya juga yang mendapat kepercayaan kerabat Parsi untuk memperkemaskan misai dan jambang mereka.

William muncul dengan debut haruman berinspirasikan tradisi mandian Turki dan dinamakan sebagai Hammam Bouquet. Aromanya dikelasfikasikan sebagai satu haruman yang eksotik. Perkenalan pertama itu telah membuatkan semangatnya lebih meluap-luap untuk menghasilkan lebih banyak haruman.

Penhaligon's

Butik awal Penhaligon’s di James Street

Tidak sekadar hangat pada perkenalan sulung, karya William dalam arena haruman dipanjangkan dengan banyak lagi haruman selepas itu, dan ya majoritinya mendapat perhatian dan disenangi golongan kayangan Britain. Pada awal-awal kemunculannya Penhaligon’s dilihat sebagai minyak wangi orang berada, yang kaya-kaya sahaja bisa menyemburnya.

Penhaligon's

Antara haruman yang ikonik di Penhaligon’s

Jangka hayat jenama Penhaligon’s terus berpanjangan hingga ke hari ini, hamper seantero dunia sudah dijelajahi dan kini peminat Penhaligon’s di Malaysia boleh bermanja-manja dengan haruman ini. Penhaligon’s baunya bukan seperti haruman kebanyakan, setiap satunya cukup istimewa dan ada cerita. Siapa sangka dari sekadar tukang gunting rambut, William Berjaya mewariskan kita satu jenama haruman beridentiti dan eksklusif. Seperti kata orang-orang di Penhaligon’s, “we’re the best noses in the business if I would say so myself”. Selain butik di Suria KLCC, haruman ikonik ini boleh juga dimiliki secara dalam talian di Escentials.com.my

See also
G-Dragon Dipilih Sebagai Duta Jenama Penjagaan Rambut

 

6 PILIHAN GLAM

Dibarisi pelbagai haruman popular di kalangan penggemarnya, sekurang-kurangnya akan ada satu yang akan melekat di jiwa. GLAM pilihkan enam buat anda yang baru sahaja mahu mendekati haruman mewah ini.

The Coveted Duchess Rose Eau De Parfum

Haruman yang disifatkan cukup seksi dengan percikan kayu-kayan yang bersifat musky. RM1240

The Tragedy of Lord George

Aroma yang manyatukan keanggunan dan ciri maskulin. Haruman ini dibuka dengan bau seakan sabun bercukur dan rum panas. RM1240.

The Inimitable William Penhaligon

Seistimewa namanya seitimewa itu jugalah minyak wangi ini. Bernuansakan vetiver, aromanya bersifat segar, kental dengan bau alam. Antara yang patut ada dalam koleksi.

 

The Favourite Eau De Parfum

Haruman yang menghimpunkan iris, musk bersama kayu cendana. Sebuah haruman yang elegan buat seorang wanita. RM875.

Babylon

Sebuah haruman yang didedikasi buat penggemar aroma vanila. Bau ‘manis’ vanilla dalam minyak wangi ini disensasikan dengan gabungan ketumbar, nutmeg dan saffron serta dihangatkan dengan penambahan kayu cendana.

See also
Kulit Tubuh Penting Dijaga, Bukan Wajah Semata

Halfeti

Sebuah haruman bernafas cinta, nota-notanya dihiasi kuntuman bunga mawar, anggur dan rempah-ratus. Ia disifatkan sebagai sebuah aroma penuh misteri, dikategorikan sebagai bau-bauan yang bersifat Oriental.