Solekan Tahan Lama: Ini Langkah-Langkah Tepat Untuk Capainya

Langkah Tepat Untuk Riasan Tahan Lama

Bagaimana mahu membuatkan solekan tahan lama? Di media sosial bermacam-macam teknik, tip dan trik, tetapi berdasarkan pengalaman bekerja dengan jurusolek profesional, setiap daripada mereka punya cara berbeza dalam menyiapkan riasan.

Orang fikir solekan yang tebal, berlapis-lapis adalah trik terbaik untuk emndaptkan solekan yang kekal sepanjang hari. Salah! Saya percaya dengan teknik dan produk yang betul juga kita boleh menghasilkan solekan yang tahan lama walaupun mencatu amaun yang digunakan.

6 Langkah Untuk Solekan Tahan Lama

Skin Prep

Sediakan kulit sebelum menyapu bedak asas. Dalam resipi solekan, primer dianggap ramuan penting kerana ia adalah asas dalam memastikan solekan tahan lama.

Selepas mengoles pelembap, lapiskannya dengan primer agar kulit lebih bersedia untuk dilapisi dengan bedak asas. Begitu juga dengan pembayang mata, tidak ramai yang menggunakan primer mata sebelum menyapu mata dengan pembayang mata.

Primer mata bagus untuk membuat solekan mata tahan lama, tidak merekah dan mudah comot.

solekan tahan lama

Tom Ford

High Quality Tools

Mungkin ramai yang kurang sedar betapa pentingnya menggunakan alat kecantikan yang betul-betul berkualiti. Sama seperti kita mendandan rambut, pengering rambut, hot roller, iron dan penggulung rambut yang bagus akan menjamin dandanan tahan lama. Jika yang murah, baru luruskan 30 minit kembali mengerbang.

See also
Bual Cantik Bersama YBhg Puan Anis Nabilla

Begitulah dalam bersolek, perlu gunakan berus dan span yang bagus agar solekan tahan lama. Alat yang bagus bukan sekadar memastikan hasil solekan nampak kemas, tahan lama malah ia juga memudahkan proses bersolek

solekan tahan lama

NARS Soft Matte Complete Concealer

Perfect Makeup Base

Jika anda mahu solekan yang mampan, yang tahan sampai ke malam, elok disapu rata bedak asas terlebih dahulu, kemudian barulah penyamar cela pada bahagian bawah mata dan mana-mana bahagian yang ingin disamari seperti jerawat mahupun parut.

Paling penting, untuk solekan tahan lama anda perlu kunci solekan dengan bedak. Ikut pilihan anda sama ada mahu menggunakan bedak asas translucent mahupun bedak kompak atau pressed powder. Bedak tabur lebih efektif dan membuat solekan terasa lebih ringan.

Water/ Smudge Proof!

Pilih alat solek yang kalis air dan kalis comot (smudge). Ada juga alat solek yang dilabel sebagai transfer proof yang mana ia tidak mudah melekat pada apa-apa yang menyentuhnya sama ada kolar baju, jari dan sebagainya.

See also
Rutin Cantik Ringkas Rahsia Bella Dally Kekal Menawan

Tapi harus diingat alat solek sebegini memerlukan cucian yang rapi. Pastikan anda membersih solekan sepenuhnya, double cleanse itu sebaiknya.

Solekan Tahan Lama

Shu Uemura Skin Perfector

Pengunci Solekan

Jangan lupa gunakan semburan wajah selepas selesai bersolek. Ada semburan wajah yang memang dicipta sebagai pengunci solekan bukan sekadar melembap atau membuat wajah terasa segar.

Elok juga simpan semburan wajah mini untuk diisi di dalam beg agar senang untuk disembur pada bila-bila masa. Saat wajah terasa kering dan mungkin tidak selesa, semburkan sahaja.

 

Bobbi Brown Pressed Powder

Touch-Up

Walaupun anda yakin wajah sudah dirias sempurna tidak bermakna anda tidak perlu lakukan sebarang touch-up. Bergantung pada jenis kulit dan destinasi yang dituju. Bagi wajah yang mudah berminyak, sediakan kertas pedap minyak (blotting papers) di dalam beg. Ia betul-betul membantu untuk menyerap minyak berlebihan dan solekan tahan lama.

Selepas ‘dikeringkan’, barulah boleh touch-up wajah dengan pressed powder atau sembur sahaja wajah dengan mist. 

Teks Khairul Abidin

See also
Tutorial Mudah Untuk Rambut Menawan

Baca: Miss Dior Meraikan Kehidupan Pasca Pandemik