Ilham Bernuansa Futuristik Salvatore Ferragamo - Glam Malaysia

Ilham Bernuansa Futuristik Salvatore Ferragamo

‘A Future Together’ menjadi judul buat kempen himpunan musim luruh/dingin Salvatore Ferragamo 2021. Ilham kental dengan nuansa futuristik itu diarahkan oleh Win Wendwer, pengarah filem yang pernah dicalonkan sebanyak tiga kali di Oscar menyaksikan Wender memanipulasi idea Salvatore Ferragamo musim ini yang banyak bermain dengan elemen futuristik baik pada helaian pakaian mahupun pada rekaan aksesori merangkumi sepatu dan beg tangan. 

Menerusi koleksi terkini ini, Paul Andrew mahu melangkah lebih ke hadapan dan berani dengan bermain dengan idea lain dari kelaziman rumah fesyen Itali itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Menerusi himpunan ini dia mahu mengetengahkan permainan teknikal, punya elemen futuristik selain menyuntik elemen yang lebih segar dan muda menerusi pemilihan warna yang menangkap mata. Dia bermain dengan pelbagai material dari wool hinggalah ke PVC untuk merealisasikan visi mindanya untuk himpunan ini. 

Secara amnya menurut Andrew dia mahu mengembalikan kehebatan Ferragamo sendiri saat ia diperkenalkan. Bagi Andrew Ferragamo adalah pereka yang cukup berkaliber, punya pemikiran dan karya melangkaui era, dan baginya himpunan ini adalah pelan tepat untuk menawan jiwa penggemar fesyen di kalangan kelompok muda. 

See also
Himpunan Seni Man Chien

GLAM menceduk ilham Paul Andrew dan Wender dan kami satukan dalam satu terjemahan kami tersendiri. Kami mengundang penyanyi, penulis lagu, pelakon dan juga hos meningkat naik, Daiyan Trisha untuk merealisasikan visi kami dalam mentakrif definisi masa depan kami. Daiyan Trisha kami pakaikan dengan helaian utama musim ini berserta aksesori ikonik Salvatore Ferragmo yang diberi sentuhan baharu seiring dengan ilham tunjang koleksi ini.

Ilham Bernuansa Futuristik Salvatore Ferragamo

Tubuh Daiyan dibaluti gaun quilt yang menggunakan material kulit. Sepatu F Heel Pump Shoe dengan perincian kristal sebagai penyempurna fantasi stailnya.

 

Ilham Bernuansa Futuristik Salvatore Ferragamo

Daiyan menjinjit Trifolio shoulder bag hitam kelam yang cukup sleek.

 

Baju panas berinspirasi sukan dipadankan bersama celana pendek dari fabrik kulit. Daiyan menghidupkan imaginasi fesyennya dengan sepatu Viva Ballet Flat dalam ton biru metalik.

 

Salvatore Ferragamo juga mahu seiring trend semasa dengan memperkenalkan Trifilio Minibag, beg kecil yang membuat penampilan lebih chic.

 

Ilham Bernuansa Futuristik Salvatore Ferragamo

Trifolio shoulder bag dalam ton pastel melembutkan penampilan Daiyan yang sedondon menggayakan jaket kulit senteng bersama celana pendek dalam ton biru.

 

Kardigan labuh mohair menjadi kunci utama kepada gaya ini, warna hijau terang yang pantas menangkap mata. Dipadankan bersama kemeja bercorak dan celana potongan lebar. F Heel Pump Shoe dalam ton hijau dan imaginasi fesyennya disempurnakan dengan Viva Bow Bag dalam warna metalik perak.

 

See also
Sambut Aidil penuh mewah bersama Diamond & Platinum X Nurita Harith

Arahan Seni/Penataan Gaya: Khairul Abidin Ishak, Gambar: Edmund Lee, Solekan & Dandanan: Khir Khalid

Baca: ‘A Future Together’, Jelajah Koleksi Fall ‘Ready-to-Wear’ 2021 Milik Salvatore Ferragamo