Shah Rukh Khan Undang Kemarahan Umat Islam Di India - Glam Malaysia
Shah Rukh Khan Undang Kemarahan Umat Islam Di India

Shah Rukh Khan Undang Kemarahan Umat Islam Di India

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Shah Rukh Khan merupakan antara pelakon beragama Islam paling popular di India, selain Aamir Khan dan Salman Khan.

Justeru apabila Shah Rukh Khan berkongsi hantaran berunsur menduakan Tuhan, ia serta-merta mencetuskan kemarahan di kalangan peminat segamanya di India.

Pelakon berusia 56 tahun itu memuat naik sekeping foto patung berhala sempena mengakhiri perayaan Ganesh Chaturthi di kediamannya tiga hari lalu.

“Semoga rahmat Tuhan Ganesha kekal bersama kita semua sehingga kita bertemunya lagi tahun hadapan. Ganpati Bappa Morya!,” tulisnya.