Puteri Beatrice Sambut Kelahiran Cahaya Mata Pertama - Glam Malaysia
Puteri Beatrice Sambut Kelahiran Cahaya Mata Pertama

Puteri Beatrice Sambut Kelahiran Cahaya Mata Pertama

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Satu berita menggembirakan buat kerabat Diraja Britain apabila cucu Ratu Elizabeth II, Puteri Beatrice selamat melahirkan anak sulung.

Bayi perempuan hasil perkongsian hidup antara Beatrice dan suami, Edoardo Mapelli Mozzi dilahirkan dengan berat 2.78 kilogram di Chelsea and Westminster Hospital, London Sabtu lalu.

“Seluruh keluarga telah diberitahu dan teruja dengan perkhabaran ini. Pihak keluarga Diraja ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan hospital kerana memberi penjagaan terbaik.

“Puteri Beatrice dan cahaya matanya dalam keadaan sihat, dan pasangan itu tidak sabar mahu memperkenalkan bayi mereka kepada abangnya, Christopher Woolf,” umum Istana Buckingham menerusi satu kenyataan rasmi.

Princess Beatrice just secretly got married in Windsor

Foto: Instagram