DÔME KLCC On-The-Park Kini Dengan Wajah Dan Menu Baharu - Glam Malaysia

DÔME KLCC On-The-Park Kini Dengan Wajah Dan Menu Baharu

Meraikan 26 tahun di Malaysia, DÔME KLCC On-The-Park kini membuka pintu dengan wajah baharu yang lebih segar serta seleksi menu yang pasti memberikan cita rasa yang mengujakan.

Dengan kelonggaran untuk makan di luar yang dilaksanakan sejak akhir bulan lalu, sudah pasti ramai yang mencari restoran atau kafe baharu untuk menikmati hidangan dalam suasana yang segar. DÔME KLCC On-The-Park kini membuka pintu dengan lokasi dan wajah baharu serta seleksi menu yang pasti memberikan cita rasa yang mengujakan. Tahun ini juga DÔME Café meraikan 26 tahun sejak pembukaan kafe pertama di Malaysia.

Lokasi DÔME KLCC On-The-Park kini cukup menarik dengan terletak berhadapan dengan air pancut ikonik dan kehijauan taman KLCC. Menampilkan keluasan 4,212 kaki persegi, restoran baharu ini memberikan ruang yang selesa untuk pilihan menikmati hidangan di dalam dan juga di luar. Desain konsep terbuka dan tingkap kaca kini memberikan peluang buat pengunjung di dalam untuk menikmati sinaran matahari dan pemandangan hijau dari luar.

See also
Selami Majapahit di Resort Mewah, Jumeirah Bali

DÔME Café juga membariskan seleksi menu baharu yang akan membawa pengunjung mengembara ke seluruh pelusuk dunia. Dari Mediterranean kepada Timur Tengah dan juga Korea Selatan, pengunjung akan dapat merasai cita rasa yang menyelerakan, serta pilihan yang menawarkan kalori rendah untuk pengalaman gastronomi yang sempurna dan berkhasiat.

DÔME’S WAGYU BURGER (RM38)

Pengunjung dapat menjangkan patti daging Wagyu yang lembut dan penuh berjus, dan diapitkan pula bersama roti bun yang besar, gebu dan panas. Setiap gigitan pasti memberikan kepuasan selera yang penuh rasa, dan hadir bersama kentang goreng pelengkap hidangan.

 

MEDITERRANEAN CHICKEN PITA (RM30)

Hidangan ayam stail Mediterranean ini disatukan bersama tomato, bawang dan keju dalam roti Lebanon bakar. Pita penuh cita rasa ini hadir bersama kentang goreng sebagai pelengkap yang memuaskan selera.

 

DÔME’S K-POP CRISPY CHICKEN (RM16/5 ketul; RM32/10 ketul; RM48/15 ketul)

 

Buat peminat hidangan ayam Korea, menu ini menampilkan kepak dan drumette ayam disaluti dengan sos melekit signature Korea, Gangjeong Style atau Hot ‘n’ Spicy. Ditaburkan dengan kacang bijan, menu ini juga hadir bersama acar lobak merah, timun dan lobak putih yang sesuai sebagai snek, atau hidangan penuh bersama nasi.

See also
Citarasa Warisan Perkahwinan Melayu Di The St. Regis Kuala Lumpur

 

HUMMUS (RM18)

Mudah dan penuh kepuasan, hummus ini dihasilkan daripada kacang kuda, tahini, buah zaitun hitam dan minyak zaitun. Dihidangkan bersama roti Lebanon, menu ini sempurna sebagai snek atau hidangan ringan pada siang hari.

 

FALAFEL WRAP (RM21)

Roti pita akan membaluti patti kacang kuda tumbuk goreng bersama gherkin, tomato, bawang dan sos berasaskan yoghurt. Cukup memuaskan, ringan dan merupakan hidangan vegetarian yang berkhasiat.

 

Foto: DÔME Malaysia

Baca lebih lanjut: 5 Destinasi Beach Escape Paling Elegan Di Malaysia