Angelina Jolie Pecah Rekod Instagram Dengan Mesej Penuh Emosi - Glam Malaysia
Angelina Jolie Pecah Rekod Instagram Dengan Mesej Penuh Emosi

Angelina Jolie Pecah Rekod Instagram Dengan Mesej Penuh Emosi

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Penantian peminat Angelina Jolie untuk melihat bintang itu menjadi sebahagian daripada dunia media sosial kini berakhir.

Angelina membuat kejutan dengan membuka akaun Instagram Jumaat lalu seterusnya mencipta rekod dengan meraih satu juta pengikut dalam masa paling singkat.

Bintang Salt itu dikatakan meraih 2.1 juta pengikut baharu dalam masa tiga jam, mengetepikan Ruper Grint (4 jam 1 minit) dan David Attenborough (4 jam 44 minit). Kini akaun @angelinajolie telah pun mempunyai hampir sembilan juta pengikut.

Sebagai hantaran pertama, pelakon dan pembikin filem itu memuat naik luahan menyayat hati daripada seorang gadis remaja Afghan. Ia memberi gambaran isu politik semasa yang mempengaruhi penduduk negara itu di bawah pemerintahan Taliban.