CalaQisya, Jenama Merai Fesyen Lebih Sopan - Glam Malaysia
caliqasya

CalaQisya, Jenama Merai Fesyen Lebih Sopan

As comfy as clothes can get, menjadi paksi utama buat CalaQisya dalam mereka himpunan mereka, Tiga beradik, Yana, Farah dan Azrina Kharuddin memupuk gaya sopan buat pecinta fesyen sejak lebih sedekad. Kini CalaQisya antara label lokal yang pesat membangun. Bersama tiga butik mereka yang terletak di Central i-City, Shah Alam juga Johor bahru dan Ipoh.

Mengapa mahu lancarkan CalaQisya?

CalaQisya lahir ketika pasaran modest di Malaysia ketika itu masih sunyi. Agak sukar untuk mereka yang berhijab untuk mencari baju yang bercita rasa fesyen. Maka kami ambil keputusan untuk melancarkan jenama ini sebagai solusinya. Di CalaQisya kami sajikan dress berlengan panjang, hijab yang bersesuain dengan cuaca panas, seluar potongan longgar. Apa sahaja yang diperlukan oleh wanita berhijab.

CALAQISYA
YANA, FARAH DAN AZRINA KHAIRUDDIN ADALAH WANITA DISEBALIK JENAMA INI

Apakah nilai estetik fesyen yang memberi keunikan pada CalaQisya?

Kami akan pastikan setiap produk yang dihasilkan menepati piawaian kami, walaupun rekaannya berbeza-beza. Ia juga perlu dijaga agar mampu memuaskan pilihan pelanggan kami. Perlu tahu memuaskan di sini adalah mampu menyelesaikan masalah mereka. Kami menjaga hal material, gaya potongan, serta kualiti yang digabungkan untuk setiap konsep atau hala tuju CalaQisya.

See also
Kemewahan Aildifitri INNAI RED Raya Luxe 2021

Kejayaan CalaQisya yang dibanggakan sehingga kini?

Menghasilkan satu koleksi bersama Disney!

CALIQISYA

Siapakah wanita yang dijadikan idola?

Wanita disekeliling kami adalah idola dan pemberi inspirasi kepada CalaQisya. Cerita yang mereka kongsikan sepanjang keberadaan kami di media sosial cukup unik dan mengagumkan. Sebaiknya kami letak mereka sebagai inspirasi utama. Bagaimana mereka gagah mengharungi hidup perlu diberikan penghormatan dalam masyarakat kita.

Hala tuju CalaQisya seterusnya?

Dalam keadaan yang tidak menentu sekarang, kami mengambil keputusan untuk sentiasa berjaga-jaga dan go with the flow.

Pautan Berkenaan: Sejenak Bersama Natasha Ozeir