Kulit Secantik Cleopatra Bersama ULTIMUNE - Glam Malaysia

Kulit Secantik Cleopatra Bersama ULTIMUNE

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dengan kehadiran teknologi masa kini, Shiseido memperkenalkan ULTIMUNE sebagai mekanisme terbaik dalam merawat kulit wajah dan kekal sempurna.

Terbaru ULTIMUNE bersama The Lifeblood bertindak melindungi kulit dengan dua kali ganda. Hanya 3 hari kulit wajah akan lebih bertenaga dan segar. Jika diikutkan trend semasa, hampir setiap jenama kecantikan hadir dengan ideologi terbaru. Di Shiseido percaya kulit yang sihat, cantik adalah punya ketahanan luar biasa terhadap tekanan luar yang menyebabkan tanda penuaan.

Kehadiran ULTIMUNE satu kejayaan terbesar untuk Shiseido kerana disifat sebagai revolusi dalam penjagaan kulit. Penemuan saintifik ini meningkatkan aliran setiap formula kecantikan utama dan aktifkan pertahanan dalaman kulit wajah. ULTIMUNE dikuasakan oleh The Lifeblood dan melalui teknologi ImuGenerationRED yang bertindak untuk menguatkan kekuatan pertahanan dalaman kulit wajah tanpa mengira usia,etnik atau jenis kulit serta mengekalkan kecantikan wajah luar dan dalam.

Disebalik kehebatan teknologi turut highlight kandungan ekstrak organik sebagai pelengkap rutin penjagaan kulit sihat. Ekstrak tumbuhan Heart Leaf yang tumbuh di Jepun telahpun digunakan berabad lagi kerana ia bersifat ramuan timur kuno. Daunnya berbentuk hati mata cipta visual puitis. Untuk produk ULTIMUNE terbaru mengandungi ramuan tambahan iaitu ekstrak Roselle Fermentasi, dibuat dari bunga Roselle (Hibiscus Sabdariffa Linne) yang ditanam di Mesir dan proses ekstrak di Jepun. Setelah itu bunga ini akan diperam bersama bakteria asid laktik. Menurut penyelidikan, kandungan probiotik dapat meningkatkan daya ketahanan lapisan dalam kulit. Mitos mengatakan ekstrak bunga Roselle digunakan oleh keluarga Diraja Mesir sebagai simbol umur panjang.

See also
Terapi Vegan Rahsia Kulit Wajah Semakin Sihat

Aroma disebalik serum ULTIMUNE ini semuanya berasaskan kesegaran bunga semula jadi dalam menangkap mood santai. Kompleks ramuan daripada aroma bunga ros dan lotus memudahkan proses penyerapan dan memberi tenaga.