Use your ← → (arrow) keys to browse
Pelakon, Amyra Rosli dipilih sebagai hos baharu program Nona, menggantikan Mira Filzah yang telah mengendalikan rancangan itu selama hampir empat tahun.
Pengumuman itu dibuat menerusi satu sidang media maya yang dihadiri oleh Amyra dua hari lalu.
Akui bintang Nur ini, dia telah lama memasang impian untuk bergelar pengacara namun terpaksa memendam hasrat kerana berasakan bakatnya masih belum digilap sepenuhnya.
Walaupun teruja dengan tawaran yang diberi, dia mengakui agak gementar memandangkan rancangan ini cukup popular dan mempunyai peminat tersendiri. Namun dia akan berusaha menggalas tanggungjawab ini dengan baik.