Francesca Hayward, Her Eight Best Styles Yet - Glam Malaysia
Francesca Hayward, Her Eight Best Styles Yet

Francesca Hayward, Her Eight Best Styles Yet

1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Memasuki era fesyen yang baru, definisi stail dan pemilihan seseorang itu sebagai ikon stail telah bertukar. Sekarang, konsep fesyen atau pengertian stail itu semakin luas skopnya. Tidak terbatas lagi. Bukan lagi yang mewah atau pelakon-pelakon Hollywood sahaja yang dipandang sebagai inspirasi gaya, apa sahaja yang punya makna atau kisah-kisah menarik disebalik sesuatu itu yang merangsang ilham selayaknya bergelar inspirasi. 

Ikon stail dalam era sekarang bukan sahaja bijak bergaya atau sering mengenakan barang berjenama, malah memiliki latar belakang, kisah dan pencapaian yang cemerlang. Aktivis, pejuang kemasyarakatan, guru bahkan barisan hadapan seperti doktor atau jururawat yang berinspirasi turut boleh dijadikan inspirasi baru. 

Francesca Hayward, seorang penari balet profesional dari England antara yang diangkat sebagai ikon stail generasi baharu. Memiliki stail mengagumkan, selain punya personaliti yang disenangi, berbakat besar dan wajah yang unik. Her style is uniquely fresh. Nyata menafaskan ikon stail yang baru. 

Penari ballet ini mula menceburi bidang seni yang lain iaitu berlakon setelah berjaya mendapat watak dalam filem muzikal ‘Cats’. Ternyata, bakat anak muda ini tidak terbatas di atas pentas tarian, bakat berlakonnya pula dicungkil kerana keyakinan yang terdapat padanya. Francesca memang ada pesona. 

See also
Perhiasan Barang Kemas di Hamparan Merah 2015

Francesca pernah berkongsi dalam satu temu bual, katanya sejak kanak-kanak lagi dia sukakan fesyen. Dan fesyen merupakan perihal kedua kesukaannya selepas balet. Bahkan, pada masa lapang jika tidak berlatih balet, dia gemar meluangkan masa dengan pergi membeli-belah bersama kawan-kawannya. 

Sejak mula berlakon, Francesca semakin giat menghadiri acara-acara filem dan akan mengambil peluang tersebut untuk tampil bergaya. Acara karpet merah merupakan tempat untuk Francesca muncul dalam busana-busana mewah. Meskipun masih baru pada dunia karpet merah, Francesca mengakui masih banyak yang perlu dipelajarinya dan cuba bereksperimen dengan pelbagai gaya yang bersesuaian dengannya.  

Pun begitu, antara momen fesyen terawal Francesca adalah sewaktu menghadiri majlis tayangan Romeo & Juliet, yang mana Francesca tampil dalam tiga rekaan Bottega Veneta. It was the moment when fashion started to love her. Sebanyak tiga rekaan Bottega Veneta lengkap beraksesori mewah ditampilkan Francesca. Melalui ketiga-tiga penampilan tersebut, setiap penampilan itu menonjolkan karakter Francesca yang pelbagai. Terbukti, Francesca punya attitude yang tersendiri. Sensasi gaya Francesca diteruskan dengan penampilan hangat lain seperti pernah menyarung rekaan Miu Miu di majlis-majlis lain.

See also
Best Dressed: Festival Filem Malaysia Ke-27

Francesa juga mula ligat menghiasi editorial-editorial fesyen untuk majalah. Vanity Fair, Marie Claire dan Vogue British antaranya. GLAM menyemak akaun Instagram @frankiegoestohayward dan memilih lapan ‘posting’ yang berinspirasi. Maybe you can copy her style?