Jennie Kim: Cipta Fenomena Human Chanel - Glam Malaysia

Jennie Kim: Cipta Fenomena Human Chanel

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tumpuan sedang hangat diberikan kepada Blackpink dan salah satu anggota mereka, Jennie Kim menjadi muse buat Chanel!

Penangan Blackpink memang tidak dapat disangkal lagi. Empat gadis yang mendendangkan lagu irama K-Pop ini ada sahaja di mana-mana. Bukan sahaja sibuk menguruskan kerjaya sebagai penyanyi berkumpulan. Malah, menjadi wajah global buat jenama-jenama besar. Daripada menghiasi kempen Pepsi hingga membintangi projek-projek fesyen. Dek wajah mereka ada di setiap media massa, buat kami obses pada gadis-gadis ini. Jennie Kim adalah salah satu anggota Blackpink yang ramai mula obses! Termasuklah Chanel yang menyunting gadis Korea ini sebagai VIP mereka sejak 2018.

Cinta Jennie pada Chanel bukanlah baharu. Dia dilahirkan dalam keluarga yang berada dan sejak kecil sudah pandai melaram dengan jenama mewah. Ada ketika, Jennie Kim akan selongkar almari ibunya untuk mencari helaian vintaj Chanel! Selepas beberapa kali menjadi VIP di acara Chanel, tahun 2018 Chanel jadikan dia duta utama mereka. Jennie Sebaris dengan Lily-Ross Depp, masing-masing mencerminkan nafas baru gadis Chanel era sekarang.

See also
Selebriti Wanita Cantik Gayakan Jersi Bola Sepak

Juga dilaporkan yang apa sahaja Jennie sarungkan, pasti mencipta trend dan mendapat liputan berita yang meluas. Jennie sering menggayakan baju Chanel baik buat acara formal atau harian. Sehinggakan peminat Jennie memberi gelaranan Human Chanel kepada dirinya.