Kolaborasi Sulwhasoo X Kittie Yiyi Wappen - Glam Malaysia

Kolaborasi Sulwhasoo X Kittie Yiyi Wappen

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Apabila kecantikan bertemu fesyen cipta satu ruang cukup istimewa dan tersendiri. Sulwhasoo X Kittie Yiyi Wappen kolaborasi paling unik.

Sempena sambutan ulangtahun yang ke-8 Sulwhasoo Malaysia berbesar hati memilih pereka tempatan yang juga bintang media sosial Kittie Yiyi untuk berkolaborasi menerusi koleksi ikonik First Care Activating Serum iaitu serum istimewa untuk anti-penuaan sesuai untuk wanita pelbagai lapisan umur, bangsa dan jenis kulit.

Menerusi kolaborasi istimewa ini, koleksi terhad Sulwhasoo X Kittie Yiyi First Care Set hadir dengan logo sulam tampal yang menampilkan ilusi ilham gaya wanita moden zaman kini penuh dengan self-love, empowerment dan growth. Apa yang anda boleh dapatkan melalui set terhad ini adalah Sulwhasoo First Care Activating Serum 60ml, koleksi penuh set penjagaan kulit untuk saiz kembara dan beg bucket edisi terhad. Set penjagaan kulit bersaiz kembara ini merangkumi First Care Activating Serum 8ml, Essential Balancing Water EX 15ml, Essential Balancing Emulsion EX 15ml, Concentrated Ginseng Renewing Serum 5ml, Concentrated Ginseng Renewing Cream EX 5ml dan First Care Activating Mask.

See also
Tip Lukis Kening Sempurna

Set istimewa ini sesuai untuk anda yang baru mula berjinak dalam penjagaan kulit anti-penuaan dan ingin mengalami rutin kecantikan holistik. Dapatkan di laman rasmi Sulwhasoo Malaysia dan sewaktu checkout letak kod ini ‘KITTIEYIYI35’ sementara stok masih ada.

Artikel berkaitan Rahsia Solekan Harian Song Hye Kyo