Panthère de Cartier: Keharmonian Seni Dan Teknikal - Glam Malaysia
Panthère de Cartier

Panthère de Cartier: Keharmonian Seni Dan Teknikal

IDEA CARTIER DALAM MENGHASILKAN REKAAN BERUNSUR ALAM BUKANLAH MAHU UNTUK MENIRU TETAPI SEBAGAI MEDIUM DALAM MENGHARGAI ALAM SEMULAJADI BERSAMA SATU CITRA PERSONALITI YANG MEGAH DENGAN PERINCIAN BERKILAUAN NAN GAH. 

Di Cartier, haiwan yang paling ikonik semestinya milik harimau kumbang. Ia bukan sahaja muncul di barang kemas atau menghiasi permukaan jam tangan. Malahan harimau kumbang, atau lebih dekat dengan panggilan panthere ini juga menjadi penyeri di kempen-kempen fesyen Cartier. Bukan juga hanya bergantung pada bentuk harimau kumbang, Cartier juga meminjam tompok-tompok pada permukaan badan haiwan ini sebagai idea dalam penghasilan pada gelang tangan jam misalnya. Binatang yang dilihat cukup buas, namun bersifat elegan terus menjadi simbol utama di Cartier hingga detik ini.

Panthère de Cartier

Jeanne Toussaint adalah insan penting dalam terlahirnya koleksi Panthère de Cartier. Dia merupakan kenalan kepada Louis Cartier. Toussaint sering bergaya dalam jaket harimau kumbang sehinggakan di gelar La Panthere oleh sahabat terdekat. Toussaint juga merupakan pengarah kreatif barang kemas di Cartier. Lantas, pada 1914 koleksi berunsurkan harimau kumbang mula muncul secara perlahan-lahan di Cartier. Pada 1927, Peter Lemarchand menjadi orang penting dalam mereka barang kemas berunsur harimau kumbang dengan seni teknikal yang tinggi. 

Panthère de Cartier

Antara objek berunsurkan Panthere yang mencipta impak, pastinya kerongsang milik Duchess of Windsor. Pada 1948, Cartier mereka kerongsang yang menggunakan batu zamrud hijau bersama figur harimau bintang yang direka jelas, seakan duduk di atas batu. Setahun kemudiannya, Duchess of Windsor memiliki satu lagi kerongsang berbatu nilam biru juga bersama figur harimau bintang dalam berlian putih dan matanya berbatu mewah kuning. Seni teknikal yang digunakan ini terus dijaga rapi sehingga kini. 

See also
Selami Keajaiban New York Fashion Week Backstage

Tunjang paling asas dalam koleksi Panthere ini adalah untuk mengekalkan resmi maskulator haiwan itu sendiri. Setiap bentuk haiwan ini dizahirkan oleh Cartier bergantung pada aktiviti yang haiwan ini lakukan. Sama ada sedang duduk berehat di atas tanah, atau sedang merangkak. Adalah penting untuk si tukang berlian bijak dalam menyusun atur setiap berlian. Kerana posisi yang berlainan menunjukkan seni tompok yang berbeza-beza. Seni peletakan berlian menunjukkan otot yang lebih jelas agak nampak pergerakan yang dominan. Tompok pada harimau bintang itu dipotong satu per satu untuk menzahirkan rekaan yang lebih bersifat asli.

Seni arca pula ditetapkan melalui lakaran itu daripada sehelai kertas hingga menjadi barang kemas. Para pengarca di Cartier perlu bijak dalam menilai rekaan pada seni tiga dimensi. Setiap barang kemas berunsur harimau bintang ini banyak ragamnya agar tidak bosan apabila dipakai. Pengarca perlu tahu bagaimana gerakan otot, kepala, kaki mahupun peletakan hidung dan mata. Semuanya diarcakan cukup terperinci. Nilai sekecil telinga tetap diberi kemasan yang cukup mewah, dan ditambah pula berlian indah pada bahagian luar telinga.

Kebanggan Cartier juga pada Fur Setting yang memberi kemasan lembut pada permukaan harimau bintang ini. Fur setting di Cartier memerlukan kolaborasi yang cukup erat diantara jauhari, pemotong berlian dan tukang letak berlian. Berlian dipotong mengikut saiz yang telah ditentukan dan diletakkan pada permukaan yang direka. Setiap tompok berlian diikat pada metal yang diberi kemasan melengkung dan disusun pada satu arah, seakan mencipta efek belaian lembut pada atas haiwan sebenar. 

Panthère de Cartier

Pasukan artisan di Cartier sering mencabar norma rekaan haiwan bintang. Mereka akan mendapatkan material-material baru untuk diukur dan dilentur menjadi koleksi Panthere. Selalunya, setiap rekaan baru memerlukan enam bulan proses menyiapkannya. Kesenian pertukangan yang mereka temui tatkala menyiapkan barang kemas ini bakal dipraktikkan pada pertukangan pembuatan jam tangan. Tidak lupa digunakan pada seni pembuatan botol wangian Panthere. Kelalang itu digubah melalui dalamnya membentuk wajah harimau bintang yang megah. 

See also
Twist Louis Vuitton beraksi Dengan Kaia Gerber

Pautan Berkenaan: Imaan Hammam, Most Covoted Faces of The Decade