Datin X: Datin Berang, PA Besar Kepala Sambil Ber ‘Dendang’ Di Media Sosial - Glam Malaysia
Datin Berang, Pa Besar Kepala Sambil Ber ‘Dendang’ Di Media Sosial

Datin X: Datin Berang, PA Besar Kepala Sambil Ber ‘Dendang’ Di Media Sosial

Eh, eh ehhhh… kalau Malaysia tiada undang-undang dan boleh dicili mulut nan lancang, sudah lama ditonyoh dengan lada. Namun kerana Datin Nora lebih waras dan rasional, maka desas desus yang tidak berakal itu sedia ditepis sebijaknya.

Ikutkan hati, Dia boleh just one call away dengan peguam peribadinya dan terus layangkan surat saman langsung ke muka Ikky. Namun selepas dinasihati dan ditenangkan oleh Datin X agar tidak dipanjang-panjangkan, dia mengambil keputusan bijak untuk berdiam diri. Biarlah Ikky ber ‘kokok’ sendirian, yang mana melayan tu Datin X harap bijak menilai baik dan buruk kerana diam tidak semestinya kalah, bersuara dengan lantang tanpa usul periksa juga tidak selalunya benar.

Memang pedih ulu hati membaca postings yang dimuat naik oleh Ikky di sosial medianya. Antaranya berbaur hasutan agar umum membenci majikannya. Kepada anda yang mahu tahu, Ikky merupakan pembantu peribadi cum pengurus media sosial Datin Nora. Dia lebih selesa melihat media sosialnya ‘terbela’ dan updated. Itu alasannya bila mencari seseorang yang dipercayai dan kreatif untuk mengemudi platform perniagaannya.

See also
Datin X: Sosialit Kuala Lumpur

Pautan berkaitan: Datin X: Datin Seri Akur Bermadu Dengan Teman Baik Sendiri

Ikky yang baru bekerja dua bulan ini punya ramai followers. Dia juga punya bakat lain selain menjadi orang kanan Datin Nora. Ada rupa, hasil kerja kreatifnya juga ada peminat tersendiri. TBH, ada yang hebat dan ada juga yang suam-suam kuku. Datin X kurang pasti atas sebab apa. Mungkin kerana dia bijak dalam curated kandungan sosialnya, gaya pula berkelas selebriti A-list walau poket kempis tak terisi. Datin X boleh potong jari jika semua followers tahu siapa dia sebenarnya. Tak semua tahu yang lelaki lembut ini gemar bertindak tanpa membawa akal. Habis semua cerita orang dijaja dan maruah orang besar kenamaan sering dijatuhkan. “Biasalah, tak kan you tak kenal Ikky?” tanya teman yang agak dekat dengannya. Malu ya kalau sudah dilabel sebegini.

“Biasalah, tak kan you tak kenal Ikky?”

Bukan sahaja Datin Nora, banyak lagi yang sudah terkena. Puan Seri Michelle juga sudah termasuk dalam senarai. Kasihan. Silap Datin X juga kerana menjadi tukang cari jodoh Ikky kepada kenalan rapat yang lain tanpa buat background checking. Manalah nak tahu yang perangainya mengalahkan anak raja sebenarnya. Di depan, pijak semut tak mati tapi di belakang dia antara keyboard warrior terhebat. Kerja siap setengah jalan buat Puan Seri Michelle berang, tapi di belakang dia paling agung. Heboh kerjanya tip top tanpa cela, yang salahnya orang lain, yang betul, hanya dia saja. Oh, dia juga tak boleh ditegur. Kalau ditegur terus MIA, apatah lagi bila disuruh revise hasil kerjanya dengan sebab. “BUANG MASA!” katanya.

See also
Penyatuan Semula 2NE1 Di Pentas Coachella

Dia juga mahukan status dan recognition dari semua. Kadang-kadang terfikir, kenapa dia lebih sudu dari kuah? Bila tak sekepala, terus di muat naik di media sosial, habis luar dalam diluahkan. Macam-macam sudah Datin X dengar tapi bila berlaku hal yang sama malah lebih berat lagi, Datin X rasa tak agak- agak untuk campur tangan sebelum keadaan jadi makin teruk. Dia suka menjaja cerita yang bukan-bukan sampai ke dalam kain. Di mana profesionalisme dalam pekerjaan?

Artikel sepenuhnya di dalam GLAM APRIL 2021

Ilustrasi: Hidayah Ahmad Surasa