Use your ← → (arrow) keys to browse
Ramai peminat tertanya-tanya bagaimana bintang berdarah Iban-Inggeris, Henry Golding berjaya mencuri hati isterinya, Liv Lo yang merupakan personaliti televisyen dari Taiwan.
Setelah lima tahun berumah tangga, Henry akhirnya mendedahkan detik pertemuan pertamanya dengan Liv menerusi rancangan Live with Kelly and Ryan.
Seperti yang dikongsikan oleh Portal Wow, pelakon Crazy Rich Asians itu mendedahkan bukan dia yang mengambil langkah pertama dalam perhubungan ini, sebaliknya isterinya.
Pasangan ini bertemu di sebuah kelab malam pada 2011 di mana Liv secara terbuka menunjukkan minatnya terhadap Henry.