Alicia Vikander, Fashion Newest's Risk Taker - Glam Malaysia
Alicia Vikander, Rebutan Baharu Klien Fesyen

Alicia Vikander, Fashion Newest’s Risk Taker

There’s something cool about Alicia Vikander. Pelakon ini mula mengecapi nama sejak membintangi beberapa filem, sehinggalah berjaya menerima nominasi untuk anugerah-anugerah berprestij, Oscars dan Golden Globes. Bintang filem ini turut meraih perhatian apabila dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon lelaki yang tak kurang hebatnya iaitu Michael Fassbender. Bagi yang kurang mengenali Alicia, Alicia merupakan pelakon A-List era baharu dan pernah berlakon dalam filem-filem seperti Tom Raider, Ex-Machina, The Lights Between Ocean, Jason Bourne dan Burnt.

Alicia bukan sahaja cemerlang sebagai pelakon, malah gaya-gayanya terutama sewaktu di karpet merah, seringnya stylish. Sejak muncul dalam filem ikonik, The Danish Girl, gaya karpet merah Alicia menjadi perhatian. Gaya karpet merahnya sering diulas turut dinobatkan ‘best red carpet looks’ oleh beberapa media ternama, misalnya Vanity Fair. Terkini, Alicia adalah antara pelakon Hollywood yang sering dinantikan gaya karpet merahnya. What will Alicia wear? 

Antara gaya karpet merah Alicia yang diingati ialah di Oscars 2017, yang mana rekaan Louis Vuitton menjadi pilihannya. Gaun hitam Louis Vuitton, diserlahkan dengan perhiasan Bulgari, serta rambut top knot. Penampilan tersebut disudahi sepatu strappy yang tampil ‘effortless’, memperlihatkan imejan gadis yang polos. Not trying too hard.

See also
Intip Pilihan Aksesori Wanita Terbaru Untuk Gaya Lebaran-Balmain & Tom Ford

Sudah beberapa kali Alicia memilih rekaan Louis Vuitton sebagai penampilan utamanya kala melewati karpet merah. Satu lagi gaun Louis Vuitton yang ikonik sarungan Alicia ialah sewaktu berlangsungnya acara Oscars pada 2016. Gaun kembang rona kuning dusty, yang dihiasi manik pada permukaan gaun, langsung mempertemukan aspek klasik dan seni yang cukup sempurna. One of her best red carpet styles. 

Banyak lagi penampilan ikonik dan terbaik yang pernah dipamerkan Alicia di karpet merah. Stail Alicia tidak tertumpu pada jenis gaun sahaja, dia berani bereksperimen dengan stail karpet merah yang pelbagai. Ada kalanya, Alicia ringkas dalam dress atau gaun lurus serta dress floral untuk menonjolkan imej yang berlainan. Pun begitu, Alicia yang sudah selesa dengan rekaan Louis Vuitton dalam saban musim, tak hairanlah Alicia terpilih untuk dijadikan duta kempen Louis Vuitton. Alicia pernah berkata, dia rasa seronok dapat bekerjasama dengan Louis Vuitton dalam mereka gaun-gaun yang unik, lain daripada yang lain. Lantas, membuka lembaran dan pengeritan gaya karpet merah yang baharu.

See also
Kolaborasi Fesyen 2016 Yang Menggegarkan Industri

Artikel berkaitan: Kylie Minogue, Ikon Pop Yang Kekal Stylish