Bvlgari Serpenti Dari Mata Kreatif Mary Katrantzou - Glam Malaysia
bvlgari serpenti

Bvlgari Serpenti Dari Mata Kreatif Mary Katrantzou

Hubungan Bvlgari dan Mary Katrantzou bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum Covid-19 melanda, dan kita masih boleh melakukan acara besar-besaran, Mary Katrantzou meminjam barang kemas mewah Bvlgari untuk pertunjukan fesyennya di Athens. Kini hubungan dua tenaga kreatif ini mula mengembang mekar dengan terhimpunan koleksi khas Bvlgari Serpenti ilham Mary Katrantzou.

bvlgari serpenti

Pereka fesyen yang menetap di London itu memilih Serpenti sebagai asas rekaan kerana ia mrupakan simbol purba Greek dan Roman yang mempunyai makna yang cukup kuat. Bagi Katrantzou juga Serpenti ini mempunyai kuasa untuk menukar sesuatu gaya seperti ketika ular menyalinkan kulit mereka. Idea tentang evolusi, kelahirans emula dan transformasi cukup releven dalam hidup moden sekarang.

bvlgari serpenti

Katrantzou terkenal dengan cetakan maximalist, dia cuba raikan juga melalui koleksi khas Bvlgari Serpenti. Ada tiga beg diperkenalkan dibawah telunjuk kreatifnya. Ada beg Serpenti Metamorphosis yang mengambil masa lebih 40 jam untuk membuatnya. Eksklusif dengan bilangan yang terhad kerana seni pembuatannya mengangkat nilai haute couture apabila perincianya terdiri daripada white agate, crystal rose, emerald green untuk beg bersaiz kecil.

bvlgari serpenti
Beg Serpenti Metamorphosis

Beg seterusnya adalah Serpenti Metamorphosis Top Handle yang ditambah pemegang atas bercitra mewah. Beg yang diperbuat menggunakan kulit Nappa ini diserikan dengan pemegangnya yang meniru badan ular. Liuk lentuk ular itu menjadikan pemegang beg ini lebih bersifat organik. Bagi mereaikan nilai barang kemas, Katrantzou memilih gancu kepala ular dengan penambahan matanya dalam batu berlian mewah.

Beg Serpenti Metamorphosis Top Handle

Pilihan terakhir adalah Serpenti Metamorphosis minaudière yang menjadikan kepala ular sebagai idea utama. Juga, Mary Katrantzou memberi fokus pada susun atur heksagon yang memberikan ilusi sisik ular. Ia sebenarnya mendapat idea daripada koleksi jam tangan Serpenti! Hadir dalam dua saiz yakni saiz mini yang diperbuat menggunakan emas seta ada tali emas untuk dipakai silang pada bahu. Atau boleh pilih saiz medium untuk digenggam pada tangan.

See also
Formasi Prima Arloji Ilham Jauhari

Pautan Berkenaan: Serpenti Viper Bvlgari Beri Sengatan Baru!