Top Time Deus Edisi Terhad Breitling - Glam Malaysia
Top Time Deus Edisi Terhad Breitling 02

Top Time Deus Edisi Terhad Breitling

Breitling hadir mempertontonkan kolaborasi menawan bersama Deus Ex Machina. Jam tangan Top Time Deus mencedok elemen retro dan gaya rugged. Cocok buat wanita juga pria yang mendahagakan kehidupan penuh cabaran.

Deus Ex Machina adalah jenama gaya hidup asal Australia yang menjulang budaya tanpa batasan. Menghimpunkan koleksi pakaian gaya kasual, barisan motosikal dari bersusuk vintaj sehingga motocross, basikal serta kelengkapan sukan ekstrem. Termasuk, buat sukan luncur air, sukan lucur salji dan yang terkini adalah kolaborasi bersama Breitling. Rumah arloji berpangkalan di Grenchen, Switzerland ini turut sama memerankan komitmen sebagai penjaga masa rasmi kejuaraan Deus Swank Rally. Di mana, ia merupakan kejuaraan motosikal epik.

Sekali gus, meraikan motosikal bernadi vintaj yang berlangsung di seluruh dunia. Antaranya di Itali, Perancis, Australia, dan Bali. Jam tangan Top Time Deus Edisi Terhad yang berlabuh di bawah barisan Primier laksana Breitling ini bukan sahaja diperlihatkan untuk para biker. Malah bagi setiap individu yang sentiasa mendahagakan budaya tanpa batasan atau berpunya keinginan untuk bertahan apa jua cabaran.

“para biker, boarder, surfer dan nomad digital… jam tangan ini ditampilkan buat individu yang dinamik. Berpunya hala tujuan, tindakan serta gaya. Top Time Deus diolah versatil meraikan kebebasan untuk menjelajahi dunia mengikut cara yang tersendiri,”

Georges Kern, Ketua Pegawai Eksekutif Breitling.

Kenali Skuad Deus

See also
Citra Jam Tangan Sofistikated Ilham Audemars Piguet

Skuad dinamik ini terdiri dari surfboarder dan penunggang motocross asal California, Forrest Minchinton. Peluncur air kompetitif dari Hawaii, Sierra Lerback dan jurutera merangkap pereka motosikal Perancis, Jeremy Tagand. Breitling mengutarakan visi di mana sesiapa pun tidak harus berpunya satu bidang profil. Forrest Minchinton, adalah contoh terbaik kerana dia menyenangi sukan ekstrem motocross juga hebat meluncur air.

Ketiga-tiga individu ini memuja sukan lasak dan sudah melibatkan diri bersama label Deus Ex Machina selama bertahun-tahun. Langsung, disunting untuk menjadi sebahagian daripada DNAnya yang tidak gentar dengan cabaran. Breitling begitu teruja untuk mempersembahkan ketiga-tiga personaliti ini di dalam pelancaran kempen yang mendukung kehidupan tanpa batasan mereka.

Top Time Deus Edisi Terhad Breitling 01
Peluncur air kompetitif dari Hawaii, Sierra Lerback menggayakan Top Time Deus Edisi Terhad

Manifestasi Petualangan Bermula

Susuk rekaan jam tangan kronograf Top Time Deus diolah hasil kerjasama keduanya. Digarap beralaskan edisi original tahun 1960-an, Breitling memberi penghormatan spirit nomad. Jam tangan Top Time edisi pertama berpunya misi yang jelas, yakni berpautan dengan keperluan anak muda profesional yang aktif dengan rangkaian kronograf ‘ultra moden’. Nada retro edisi terbaru ini diperkasakan buat kelengkapan petualangan, bukan hanya sekadar untuk menunjuk waktu.

See also
GLAM Weddings: Keindahan Busana Nikah Tengku Natasya Adnan

Dipertontonkan lebih berani lagi punya kelas yang tersendiri, versi terbaru ini disempurnakan dengan tali kulit lembu yang mengangkat tema perlumbaan. Laman dail peraknya memaparkan kaunter kronograf berbentuk bulat dan disuntik perincian kontrast rona kuning dan jingga pada skala takimeter hitamnya. Langsung, logo Deus dan pepatahnya ‘In benzin veritas’ melengkapi laman dail. Jam berdiameter 41mm ini diperbuat daripada keluli tahan karat dan susuk belakang jam menampilkan karya seni ikonik Deus. Ukiran penunggang dan motosikal retro hasil lakaran pengarah kreatif Deus, Carby Tuckwell. Jam dikuasakan Caliber 23, ciptaan Breitling lalu fitur kronometer diperakui COSC dengan rizab kuasa selama 48 jam.

Top Time Deus Edisi Terhad Breitling 03
Ahli Squad Deus Breitling, peraut papan luncur dan pelumba motosikal off-road, Forrest Minchinton.

Pautan berkaitan: Selebrasi Wanita Sedunia