Use your ← → (arrow) keys to browse
Selepas beberapa hari dituduh menyunting foto dan video sebalik tabir penggambaran SKIMS, kini Kendall Jenner berdepan dengan satu lagi kecaman apabila ‘ditangkap’ menggunakan filter tubuh dalam video terbaharu.
Kendall memuat naik satu video di Instagram Story dua hari lalu menunjukkan dia sedang bersimpuh di atas lantai biliknya dalam pakaian dalam motif flora.
Namun apa yang menjadi perhatian peminat adalah rakaman di bahagian pinggangnya yang kelihatan cacat, membuktikan dia menggunakan filter pelangsing tubuh.
Kendall dan adik-beradiknya sememangnya diketahui gemar menggunakan Photoshop untuk menyunting gambar. Namun walaupun ramai yang mengkritik keluarga itu kerana mempromosikan ukuran badan tidak realistik, ada juga yang bersimpati dan memahami bahawa mereka terpaksa melakukannya disebabkan tekanan yang dihadapi.
Akaun @celebplastic yang memuat naik kembali video tersebut di Instagram meluahkan perasaan simpatinya. “Ini sangat memilukan. Dia memiliki antara tubuh paling langsing dan seksi yang pernah saya lihat namun masih menggunakan filter. Sangat menyedihkan.”
Seorang pengikut memberi respon, “Ini menunjukkan betapa banyaknya tekanan yang mereka hadapi. Saya tidak suka menjadi terkenal. Anda tidak boleh hidup dengan tenang!”