Use your ← → (arrow) keys to browse
Putera Harry dan Meghan Markle membuat pengumuman pada 14 Februari lalu bahawa mereka kini sedang menanti kehadiran cahaya mata kedua.
Menariknya, tarikh pengumuman yang dipilih mempunyai makna yang cukup istimewa buat Markle dan suami. Bukan sahaja kerana ia diumumkan pada hari penuh kasih sayang, Valentine’s Day, malah juga kerana ia merupakan tarikh yang sama mendiang Puteri Diana mengumumkan dia hamil Putera Harry, yang juga cahaya mata kedua.
“Genap 37 tahun lalu Puteri Diana berkongsi kepada dunia bahawa dia sedang hamil Putera Harry,” wartawan Diraja, Omid Scobie menulis ciapan di Twitter berserta keratan akhbar hitam putih di mana mendiang Puteri Diana menghiasi kulit hadapan The Daily Express pada 1984. Artikel tersebut berjudul ‘Valentine’s Day joy for Charles and Diana.’