Puteri Mendiang Kobe Bryant, Natalia Kini Bergelar Model - Glam Malaysia
Puteri Mendiang Kobe Bryant, Natalia Kini Bergelar Model

Puteri Mendiang Kobe Bryant, Natalia Kini Bergelar Model

Sebelum ini anak model tersohor, Heidi Klum membuat kemunculan pertama sebagai model dengan menjadi penghias kulit majalah Vogue Germany edisi Januari 2021.

Dan kini, giliran Natalia Diamante Bryant pula untuk menjejak langkah ibunya dalam dunia modeling, sama seperti Leni Klum.

Puteri sulung mendiang Kobe dan Vanessa Bryant ini membuat pengumuman Isnin lalu bahawa dia telah menandatangani kontrak bersama IMG Models. Agensi tersebut turut berkongsi foto Natalia di akaun Instagram rasmi mereka berserta kapsyen daripada gadis itu sendiri.

“Saya meminati fesyen sejak zaman kanak-kanak lagi. Saya telah lama mencintai industri ini dan memasang impian untuk bergelar model. Terdapat banyak perkara yang perlu dipelajari namun saya merasakan ini adalah peluang terbaik untuk belajar dan ekspresi diri saya secara kreatif.”

Natalia kemudian berkongsi foto di Instagram berserta kapsyen, “Saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada keluarga IMG!”

Vanessa, yang bertemu suaminya buat kali pertama sewaktu menjadi model untuk satu video muzik ketika berusia 17 tahun turut berkongsi berita gembira tersebut bersama peminat. “Ibu sangat gembira! Ibu sayang kamu Nani!” Dia juga menerima ucapan tahniah daripada supermodel dunia seperti Cinfy Crowford dan Gigi Hadid.

See also
Meghan Markle Menyarung Peninggalan Puteri Diana Dalam Wawancara Terbaharu

Berita gembira ini muncul hanya beberapa minggu selepas Natalia menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-18, di mana Vanessa menitipkan ucapan berharga dengan memuat naik foto dirinya dan suami mendukung Natalia yang ketika itu masih bayi di gelanggang Los Angeles Lakers.

Dia turut berkongsi satu lagi hantaran, memuji puteri sulungnya di atas kekuatan yang ditunjukkan sewaktu menghadapi tahun yang sukar dalam hidup mereka, selepas Kobe dan puteri keduanya Gianna meninggal dunia dalam nahas helikopter setahun lalu.

Image result for kobe bryant family
Foto: Instagram

“Ibu dan ayah sangat berbangga dengan kamu. Kamu merupakan kakak yang luar biasa kepada adik-adik dan contoh yang baik kepada ramai orang. Terima kasih kerana kerana menjadi gadis yang baik hati, sopan dan lemah lembut dalam semua perkara yang kamu lakukan.”

Selain Natalia, dua lagi nama baru yang menyertai agensi ini adalah Amanda Gorman, pensyair pertama yang menerima gelaran National Youth Poet Laureate dan Ella Emhoff, anak tiri naib presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris. Mereka mencuri perhatian IMG Models sewaktu hadir di majlis pelantikan rasmi Joe Biden sebagai presiden bulan lalu.

See also
9 Gaya Berani Selebriti Di Karpet Merah MTV EMA 2021

Foto: Alberto E. Rodriguez

Baca: Ikut Jejak Ibu, Puteri Heidi Klum Hiasi Cover Vogue Buat Kali Pertama