Lima Bulan Berumah Tangga, Mira Filzah Kini Berbadan Dua? - Glam Malaysia
Lima Bulan Berumah Tangga, Mira Filzah Kini Berbadan Dua?

Lima Bulan Berumah Tangga, Mira Filzah Kini Berbadan Dua?

Selasa lalu pelakon The Maid, Mira Filzah memuat naik satu foto dirinya di Instagram dengan penampilan yang sangat manis.

Tampil dalam busana satin dan hijab sedondon rona biru muda bersama tas tangan di bahu, wajah Mira tampak begitu berseri dengan solekan polos.

Namun apa yang menjadi perhatian peminat adalah perutnya yang kelihatan sedikit besar daripada biasa, menandakan kemungkinan dia kini sedang hamil.

Seorang pengikut memberi komen dengan menulis, “Baby girl bump! It’s a girl!”. Enggan membiarkan spekulasi terus bertebaran, dia tidak mengambil masa yang lama untuk membalas dan menjelaskan bahawa ‘baby bump’ tersebut hanyalah buncit. “Aaaaahhhhh buncit laaahh.”

Foto: Mstar

Mira telah mendirikan rumah tangga selama lima bulan, justeru tidak hairanlah jika peminat sudah tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata pelakon ini.

Sehingga ke hari ini, foto tersebut telah pun menerima hampir 230,000 tanda suka daripada peminat.

Mira berkahwin dengan Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, seorang arkitek pada 3 September tahun lalu. Dia merupakan anak sulung kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohamad Yazid.

See also
Zendaya & Tom Holland: Cinta Sejati Atau Taktik Promosi Filem?

Majlis perkahwinan pasangan ini berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur dan mendapat gelaran Wedding of the Year.

Foto: Instagram

Baca: Mira Filzah Tercalon Untuk 100 Wanita Tercantik 2020