Billie Holiday Dibaluti Busana Ilham Miuccia Prada - Glam Malaysia
billie holiday

Billie Holiday Dibaluti Busana Ilham Miuccia Prada

Sebuah filem baru arahan pencalon Oscar, Daniel Lee menerima sentuhan Miuccia Prada. Filem yang bertajuk THE UNITED STATES vs. BILLIE HOLIDAY ini memaparkan kisah penyanyi soul Billie Holiday. Ia diambil inspirasi daripada buku nukilan Chasing The Scream: The First and Last Days of the Wat on Drugs. Watak Utama dilakonkan oleh Andra Day. Tapi yang mencuri tumpuan adalah kerjasama filem ini dengan Miuccia Prada melalui rekaan busana buat Holiday. Prada sempat menyiapkan sembilan busana sutera satin dengan mengabadikan gaya klasik Billie Holiday dalam citra kontemporari.

billie holiday
Photo Credit: Takashi Seida.

Pasukan atelier di Prada mahu mengembalikan memori glamor 1940 dan 1950 pada gaya Holiday. Maka mereka mengkaji siluet klasik itu yang sudah menjadi DNA di Prada. Banyak rekaan diambil melalui arkib Prada dan digubah lebih kontemporari. Gaun petang rekaan Prada buat filem ini ditambah dengan perincian seperti bulu burung dan jemeki indah. Ada juga gaun sutera satin putih yang ditambah dengan kristal meberi impak mewah pada lakon layar. Filem ini yang ditulis oleh Suzan-Lori Parks adalah wanita Afrika-Amerika yang pertama menerima anugerah Pulitzer Prize buat Drama. Ia bakal dipertontonkan melalui Hulu Original Film du Amerika Syarikat pada 26 Februari 2021.

Billie Holiday
Photo Credit: Takashi Seida.
Photo Credit: Takashi Seida.
Photo Credit: Takashi Seida.

Pautan Berkenaan: Zoe Kravitz, Lambang “21st Century Fashion Girl”

See also
Musim Anugerah 2021: Who We Love (so far)?