Bercuti Ketika Pandemik, Demi Lovato Kritik Bintang Tiktok - Glam Malaysia

Bercuti Ketika Pandemik, Demi Lovato Kritik Bintang Tiktok

Sejak kebelakangan ini, ramai influencer media sosial antarabangsa dilihat pergi melancong dan berparti sakan. Walaupun kes pandemik Covid-19 meningkat setiap hari, nampaknya mereka tidak menghiraukan situasi membimbangkan ini.

Sejak pandemik melanda, pihak kerajaan seluruh dunia telah mengumumkan sekatan pergerakan dan penduduk dinasihatkan agar duduk diam di dalam rumah untuk menghalang penyebaran virus.

Kes Covid-19 masih memberi impak yang sangat buruk buat kebanyakan negara, jadi mematuhi peraturan amatlah penting untuk menyelamatkan nyawa. Namun, masih ada beberapa nama-nama besar yang mengabaikan arahan ini.

Ini mengundang rasa kecewa di kalangan beberapa selebriti, termasuk Demi Lovato. Minggu lalu, Demi meluahkan rasa kecewa apabila beberapa influencer terkenal melanggar peraturan pandemik di beberapa lokasi seperti Miami dan Tulum. Beberapa bintang TikTok dilihat memuat naik video mereka sedang berparti sakan.

Demi memuat naik meme di Instagram Story mengkritik mereka yang bercuti dan berparti secara terbuka ketika pandemik ini. Dia menulis, “Sekadar tertanya-tanya, apa yang anda semua lakukan?”

See also
7 Jenis Rehat Setiap Wanita Perlu Tahu, Anda Mahu Yang Mana?

Selain di Miami, bintang TikTok terkenal seperti Avani Gregg, Noah Beck, Charli D’Amelio, Dixie D’Amelio, Lil Huddy dan Nikita Dragun juga dirakam bercuti di Bahamas.

Demi bukan satu-satunya selebriti yang mengkritik kelakuan influencer. Tahun lalu, Ariana Grande mengecam bintang TikTok yang berparti ketika pandemik saat musim panas, malah Dixie D’Amelio turut besetuju dengan kenyataan tersebut. Billie Eilish juga pernah mengkritik mereka yang mengabaikan peraturan sekatan pergerakan.

Foto: Dimitrios Kambouris/Getty Images for TIME

Baca: Priyanka Chopra Jonas Diarah Keluar Dari Salun Di London