Gaun Putih Natasha Hudson Cetus Kontroversi, Rizman Buka Mulut - Glam Malaysia

Gaun Putih Natasha Hudson Cetus Kontroversi, Rizman Buka Mulut

Nama Nastaha Hudson tiba-tiba kembali hangat sejak semalam. Bukan kerana dilantik menjadi duta produk kecantikan Crystal C White, tetapi kerana gaun yang disarungkannya ke majlis pelancaran produk tersebut yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur.

Natasha yang sebelum ini pernah berniqab hadir ke acara tersebut dalam gaun rona putih yang dipadankan bersama hijab biru muda. Cukup anggun, namun yang menjadi perhatian adalah bahunya yang kelihatan seperti terdedah dan belah pada gaun tersebut yang menampakkan betisnya.

Dia memuat naik sendiri penampilannya di acara tersebut di Instagram Story, dan dengan pantas netizen memberi reaksi negatif mempersoalkan auratnya yang terdedah.

Pakai Baju Dedah Bahu, Natasha Hudson Tak Peduli Kecaman Netizen

Tidak perlu menunggu lama, Natasha memberi penjelasan bahawa yang terdedah itu bukanlah bahunya, tetapi lapisan fabrik dalam rona kulit. Namun dia tidak memberi apa-apa kenyataan mengenai belah di bahagian bawah gaun.

“Apa yang tak kena dengan baju ni? Ada kain guys, jangan tertipu dengan warna kain ni. Sabar-sabar…ia berlapik,” katanya. Tambahnya, gaun yang disarungkannya adalah rekaan pereka terkenal, Rizman Ruzaini dan ia menepati tema yang ditetapkan pihak penganjur. Dan komen-komen negatif yang diterima daripada netizen? Dia akan abaikan saja.

See also
Debaran KLFW 2024 Hampir Menjelang Tiba!

“Orang kena matang. Mungkin mereka dah lama tak tengok saya bergaya. Ini kerjaya kita. Orang takkan berhenti bercakap walau apa pun kita buat termasuklah pakai niqab ke tak. Saya tak kisahlah. Lagipun bukan mereka yang bagi saya makan,” katanya.

Ini bukan pelancaran kedai mamak” - Natasha Hudson - Utusan Digital

Terbaru dalam kenyataan di Kosmo, Rizman mengakui gaun tersebut adalah rekaan lamanya yang dilelong dan tidak menyangka ia akan disarungkan oleh wanita berhijab.

“Baju tersebut adalah koleksi pakaian pengantin yang dibuat sejak tiga tahun lalu dan telah dilelong dengan potongan harga sebanyak 90 peratus. Sejujurnya saya marah juga apabila mendapat tahu dia yang memakai baju itu kerana dia berhijab.”

Ujarnya, gaun itu memang direka sedemikian namun tidak sesuai digayakan oleh wanita berhijab. Dia turut berasa kesal kerana hal sebegini boleh menjejaskan imej dan jenama Rizman Ruzaini.

Foto: Sugarscarf

Baca: Halsey Dikecam, Kongsi Foto Lama Hidapi Gangguan Pemakanan